LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA
KL SUMMIT 2019
HAWANA 2018
AES 2016
April 23, 2024 -Selasa
PELAJAR-PELAJAR DAN PENDUDUK ASING YANG MENETAP DI WILAYAH CHIBA DILANTIK SEBAGAI "DUTA-DUTA CHI-BA+KUN" UNTUK MEMPERKENALKAN KEINDAHAN CHIBA KE LUAR NEGARA
Friday 17/03/2017
AsiaNet 67837
CHIBA, Jepun, 17 Mac, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
Kerajaan Wilayah Chiba telah melantik pelajar-pelajar dan penduduk asing yang tinggal di wilayah itu sebagai "Duta-duta CHI-BA+KUN" sejak tahun 2011 untuk memperkenalkan keindahan Chiba ke seluruh pelusuk dunia dengan kerjasama watak maskot wilayah itu CHI-BA+KUN. Duta-duta CHI-BA+KUN telah menggunakan blog-blog peribadi, Facebook dan media lain untuk menyebarkan maklumat dalam bahasa ibunda mereka mengenai keindahan Chiba di dalam bidang seperti pelancongan, masakan dan kehidupan seharian.
Pada tahun 2016, 20 Duta-duta CHI-BA+KUN mengambil bahagian di dalam empat lawatan yang membawa mereka ke sekitar Wilayah Chiba. Hadiah-hadiah diberikan sebagai penghormatan kepada aktiviti-aktiviti yang dilaporkan oleh duta-duta itu. Yu Chi Hsuan dari Taiwan menerima anugerah paling tinggi kerana menulis artikel-artikel beliau. Rendy dari Indonesia dan Le Thi Truc Quynh dari Vietnam masing-masing juga menerima anugerah kecemerlangan kerana menulis artikel-artikel mereka. Sila layari laman web berikut untuk menerokai keindahan Chiba, sebagaimana yang dilihat oleh Duta-duta CHI-BA+KUN.