ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  LE CORDON BLEU JEPUN LANCAR DIPLOMA MASAKAN JEPUN, MEMULAKAN PENGAMBILAN UNTUK PENGGAL MUSIM LURUH 2017

Tuesday 21/03/2017



AsiaNet  67852

TOKYO, 21 Mac, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Sebagai tindak balas kepada pertumbuhan pasaran antarabangsa yang meningkat dalam masakan Jepun sejak pengiktirafan UNESCO bagi 'washoku' sebagai satu warisan kebudayaan tidak ketara, Le Cordon Bleu Jepun sedang melancarkan satu program diploma masakan Jepun. Sebagai sebuah pemimpin dunia di dalam pendidikan masakan dan hospitaliti, dengan rangkaian lebih daripada 35 institusi di lebih 20 buah negara, Le Cordon Bleu telah mengambil kira lebih 120 tahun kepakaran untuk mewujudkan program baharu ini.
 
(Imej: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201703159946/?images)
 
Program 4 peringkat ini meliputi pelbagai jenis topik secara menyeluruh untuk menyediakan pelajar dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan masakan Jepun yang tulen. Pelajar-pelajar akan memulakan satu pengembaraan untuk mencari sebuah dunia baharu mengenai kemahiran teknikal, kaedah memasak, bahan-bahan pakar, peralatan dan pinggan mangkuk yang digunakan untuk lebih 200 resipi di dalam masakan tradisional, serantau dan moden Jepun.

Setiap peringkat dalam program ini dilengkapi dengan aktiviti penyelidikan industri yang unik dan pengalaman pembelajaran yang interaktif. Aktiviti-aktiviti ini menyediakan gambaran kehidupan sebenar ke dalam budaya dan etika yang mendalam di dalam masakan Jepun.

Ilyoung HONG, Pengarah Wakil bagi Le Cordon Bleu Jepun, menyatakan bahawa Le Cordon Bleu Jepun telah diiktiraf sebagai institut masakan antarabangsa yang pertama di Jepun untuk mengeluarkan persijilan "Cita Rasa Jepun" bagi kemahiran memasak Jepun di negara-negara asing yang telah ditubuhkan berdasarkan garis panduan rasmi yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (MAFF). Bakal-bakal graduan akan menerima lencana gangsa dan perak "Cita Rasa Jepun" bersama-sama dengan Diploma Le Cordon Bleu, bagi menyediakan mereka dengan kredibiliti dan pengiktirafan di dalam industri masakan di peringkat tempatan dan global.

Pengambilan kini telah bermula untuk penggal musim luruh akan datang. Program itu ditawarkan dalam bahasa Inggeris dan tenaga pengajar merupakan pakar-pakar Jepun yang terkemuka dari bidang-bidang yang berkaitan. Program selama 6 bulan dan meliputi 531 jam ini termasuk 4 peringkat sijil, yang terdiri daripada Permulaan sehingga kepada Lebih Tinggi.
 
Maklumat lanjut mengenai Diploma Masakan Jepun:
https://www.cordonbleu.edu/tokyo/japanesecuisine/en
 
Maklumat lanjut mengenai "Cita Rasa Jepun":
http://www.maff.go.jp/j/shokusan/syokubun/pdf/chori_o_e.pdf
 
SUMBER : Le Cordon Bleu Jepun
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.