ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  SERUAN PENYERTAAN DIKELUARKAN UNTUK ANUGERAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA KEEMPAT BELAS

Thursday 23/03/2017



Tarikh Akhir Penyertaan Awal adalah pada 12 April

FAIRFAX, Va., 23 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Stevie® Awards telah mengeluarkan seruan penyertaan untuk Anugerah Perniagaan Antarabangsa Tahunan Ke-14, yakni pertandingan anugerah perniagaan yang terkemuka di dunia yang menyambut serahan pencalonan daripada organisasi dari lebih 60 buah negara dan kawasan setiap tahun.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8540ffb4-6337-429d-9f7c-3574f68f49c3

Semua individu dan organisasi dari seluruh dunia -- awam, swasta, untuk keuntungan, bukan untuk keuntungan, besar mahupun kecil -- boleh menyerahkan pencalonan untuk Anugerah Perniagaan Antarabangsa. Tarikh penyertaan awal, dengan yuran penyertaan yang lebih rendah, adalah pada 12 April. Tarikh akhir penyertaan muktamad adalah pada 10 Mei, dan penyertaan lewat diterima sehingga 14 Jun disertakan bersama bayaran lewat. Butiran penyertaan boleh didapati di www.StevieAwards.com/IBA

Panel pengadilan antarabangsa yang terdiri lebih daripada 150 ahli eksekutif akan menentukan pemenang Anugerah Stevie. Keputusan akan diumumkan pada 10 Ogos. Pemenang Anugerah Stevie akan diberikan anugerah semasa jamuan gala di W Hotel, Barcelona, Sepanyol pada 21 Oktober. 

Anugerah Perniagaan Antarabangsa mengiktiraf pencapaian dalam setiap aspek pekerjaan perniagaan. Kategorinya termasuk:
Pemenang Anugerah Stevie pada IBA 2016 termasuk ABS-CBN Corporation (Filipina), BSES Yamuna Power Limited (India), Clickky (Ukraine), Dogus Group (Turki), Dubai Statistics Center (Emiriah Arab Bersatu), Forter (AS), Foundation Telefónica (Sepanyol), Freelancer.com (Australia), Itaú Unibanco Holding S.A. (Brazil), KEPCO Nuclear Fuel Company (Korea Selatan), Mondelez International (United Kingdom), Ooredoo (Qatar), PJSC Aeroflot - Russian Airlines (Rusia), Polystar (Sweden), PRIZM (Hong Kong), QLess, Inc. (AS), RheinBrücke IT Consulting (Jerman), Roshan (Afghanistan), SABC Pension Fund (Afrika Selatan), SUNNY SIDE UP, Inc. (Jepun), Telkom Indonesia (Indonesia) dan TELUS International (Kanada), antara yang lain.

Mengenai Anugerah Stevie

Anugerah Stevie memberikan anugerah mengikut tujuh program: Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, Anugerah Perniagaan Amerika, Anugerah Perniagaan Antarabangsa, Anugerah Stevie Awards untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuk Jualan & Khidmat Pelanggan dan Anugerah Awards untuk Majikan Terbaik. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih daripada 10,000 penyertaan setiap tahun daripada organisasi dari lebih 60 buah negara. Anugerah Stevie mengiktiraf prestasi yang cemerlang di tempat kerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di http://www.StevieAwards.com 

SUMBER : The Stevie Awards

Hubungan:
Maggie Gallagher
+1 (703) 547-8389
Maggie@StevieAwards.com

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.