ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  JNTO LANCAR LAMAN WEB "INSENTIF JEPUN" DALAM 4 BAHASA UNTUK MEMPAMERKAN DAYA TARIKAN JEPUN SEBAGAI DESTINASI MICE

Tuesday 21/03/2017



AsiaNet 67850
 
TOKYO, 21 Mac, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) telah melancarkan satu laman web khusus untuk insentif-insentif Jepun, dengan menampilkan maklumat mengenai insentif di dalam negara itu. Tapak insentif itu dihoskan dalam laman web MESYUARAT & INSENTIF JNTO Jepun untuk mempromosikan MICE (mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran/acara).

(Imej: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201703169999/?images)
 
Untuk butiran lanjut, sila layari: http://japanmeetings.org/incentives/
 
Laman web insentif itu termasuk sebuah halaman "Pengalaman Eksklusif" yang menampilkan pelbagai aktiviti pelawat yang luas yang boleh dialami di Jepun dan juga bahagian "Kajian Kes" dan "Kursus Model" yang menekankan insentif di Jepun. Selain itu, bahagian "Perkhidmatan Sokongan" di laman web itu memperkenalkan program bantuan MICE yang ditawarkan dalam pelbagai bidang di Jepun, dengan memberikan maklumat yang berguna kepada pegawai-pegawai daripada syarikat dan organisasi dari seluruh dunia.

Tambahan pula, laman web insentif itu menyediakan maklumat dalam empat bahasa - Bahasa Inggeris, bahasa Cina yang dipermudahkan, tradisional Cina dan Korea - untuk mempromosikan dengan lebih baik daya tarikan Jepun sebagai sebuah destinasi MICE.
 
SUMBER: Organisasi Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO)

--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.