ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ​FESTIVAL KESENIAN MEDIA JEPUN KE-20 - PENGUMUMAN BAGI HASIL KARYA YANG MEMENANGI ANUGERAH

Thursday 23/03/2017



TOKYO, 22 Mac, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Hasil Karya dan Anugerah Pencapaian Khas bagi Festival Kesenian Media Jepun ke-20 telah dipilih.

Hadiah utama bagi Bahagian Seni adalah hasil karya pemasangan media "Interface I" oleh artis Jerman Ralf BAECKER; bagi Bahagian Hiburan adalah hasil video "SHIN GODZILLA" oleh artis Jepun ANNO Hideaki dan HIGUCHI Shinji; bagi Bahagian Animasi adalah filem cereka animasi "your name." oleh artis Jepun SHINKAI Makoto; dan bagi Bahagian Manga adalah "BLUE GIANT" oleh artis Jepun ISHIZUKA Shinichi. Bagi semua anugerah yang lain, sila layari laman web Festival Kesenian Media Jepun ke-20.

Festival Kesenian Media Jepun adalah sebuah perayaan menyeluruh bagi Seni Media (Media Geijutsu dalam bahasa Jepun) yang memberi penghormatan kepada empat bahagian Kesenian, Hiburan, Animasi dan Manga, serta menyediakan sebuah platform bagi menghargai hasil kerja yang memenangi anugerah.

Bagi Festival Kesenian Media Jepun ke-20, kami menerima 4,034 hasil karya dari 88 buah negara dan wilayah. Selepas penyaringan juri yang ketat, setiap Bahagian memilih pemenang (Hadiah Utama, Anugerah Kecemerlangan dan Anugerah Muka Baharu), dan juga pemenang bagi Anugerah Pencapaian Khas, mereka yang telah memberikan sumbangan luar biasa di dalam bidang Kesenian Media.

Pameran bagi Hasil Karya yang memenangi Anugerah itu akan diadakan pada September, 2017, di NTT InterCommunication Center (ICC) dan Galeri Seni Opera Bandar Raya Tokyo (Hatsudai, Tokyo).

Diberi penghormatan oleh Festival Kesenian Media Jepun adalah hasil karya yang cemerlang daripada pelbagai jenis media -- daripada animasi dan komik kepada seni media dan permainan. Sejak penubuhannya pada tahun 1997, festival itu telah mengiktiraf hasil kerja penting bagi kesenian dan kreativiti yang tinggi, dan telah mengadakan acara-acara lain, seperti simposium, tayangan dan pameran, sebagai tambahan kepada pameran tahunan bagi Hasil Karya yang telah memenangi Anugerah.
 
Laman web rasmi: http://festival.j-mediaarts.jp/en/
 
SUMBER: Festival Kesenian Media Jepun

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.