ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  UTEM TERAJU KERJASAMA INDUSTRI

Thursday 23/03/2017



MELAKA, 23 Mac (Bernama) -- Status universiti berfokus tidak menghalang Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mendapat kepercayaan pihak industri bagi menerajui kerjasama dalam bidang penyelidikan dan inovasi setanding universiti penyelidikan terkemuka lain.
 
Kerjasama universiti dan industri itu melibatkan beberapa syarikat terkemuka negara iaitu Composite Technology Research Malaysia (CTRM), Aerospace Malaysia Innovation Center (AMIC), MIMOS Semiconductor Sdn. Bhd, Spectre Solutions (M) Sdn. Bhd, Jabil Circuits Sdn. Bhd, dan Stevia Industry Sdn. Bhd. 
 
Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, MoA itu memperlihatkan komitmen UTeM dan syarikat-syarikat tersebut untuk bekerjasama erat dalam aktiviti-aktiviti berkaitan penyelidikan, pembangunan, latihan dan inovasi yang dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak termasuk pelajar dengan bantuan para ahli akademik melalui fakulti-fakulti yang terlibat” ujar beliau.
 
“Saya percaya kerjasama ini akan dapat mempertingkatkan prestasi dan kecemerlangan UTeM yang merupakan universiti berfokus tetapi dalam masa yang sama komited untuk memperkasakan bidang penyelidikan dan inovasi setanding dengan universiti penyelidikan di negara ini” ujar beliau.
 
Menurut beliau, perjanjian yang ditandatangani itu membuktikan kecemerlangan UTeM sebagai sebuah gedung ilmu yang bukan sahaja berfungsi untuk melahirkan graduan di dalam pelbagai bidang teknikal, malah berperanan besar merancakkan pembangunan dalam teknologi serta pertumbuhan ekonomi di negara ini.
 
“Kerjasama ini selaras dengan hasrat kerajaan dan Kementerian Pendidikan Tinggi di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang mengajak pihak akademia dan industri untuk lebih aktif bekerjasama bagi meningkatkan keupayaan dan keberkesanan penghasilan sesuatu produk dalam sektor akademik dan industri, sekaligus menyumbang ke arah mencapai status negara maju” ujar beliau.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Menandatangani MoA UTeM – Rakan Industri yang berlangsung di Kampus Induk Durian Tunggal, Jumaat lalu.
 
Ujar beliau lagi, dalam merancakkan lagi bidang penyelidikan universiti, UTeM telah mewujudkan enam Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) di dalam bidang pengkhususan tertentu yang telah mula menampakkan hasil melalui pelbagai aktiviti penyelidikan termasuk melalui kolaborasi seumpama ini yang berbentuk penyelidikan gunaan.
 
Yang turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Datuk Dr. Ir. Mohd Jailani Mohd Nor, Ketua Pegawai Operasi CTRM Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif AMIC Razman Shah Rejab, Pengurus Besar MIMOS Semiconductor Sdn. Bhd Wan Azli Wan Ismail, Pengarah Urusan Spectre Solutions (M) Sdn. Bhd. Mohd Helmi Mazlan Huzairi, Jurutera Kanan Jabil Circuits Sdn. Bhd Fakhrozi bin Che Ani dan Pengarah Stevia Industry Sdn. Bhd Norhizam Abdul Rahim.  

SUMBER : Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI : 
Nama : Zulfatria bin Abdullah
Penolong Pendaftar
Bahagian Perhubungan Awam & Media
Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Canselori
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Tel  :  06-3316196 / 017-6697675
Emel  :  zulfatria@utem.edu.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.