ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  MICHAEL KORS ACCESS BERKEMBANG DENGAN JAM TANGAN PINTAR BAHARU, APPS BAHARU, MUKA BAHARU DAN PASARAN BAHARU

Thursday 23/03/2017



LONDON, 23 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Michael Kors (NYSE: KORS), sebuah jenama gaya hidup mewah bertaraf dunia, amat berbangga untuk mengumumkan pelbagai produk dan inisiatif baharu yang direka untuk melanjutkan pertumbuhan dan keseronokan yang dijana oleh pelancaran MICHAEL KORS ACCESS pada musim luruh lalu, barisan jenama itu yang terdiri daripada jam tangan pintar dan pengesan aktiviti.
 
"Ia adalah jelas kepada saya bahawa masa depan fesyen akan menggabungkan reka bentuk yang hebat, gaya peribadi dan teknologi yang berinovatif," kata Michael Kors, "dan sambutan yang luar biasa untuk MICHAEL KORS ACCESS telah mengesahkan bahawa masa hadapan adalah sekarang. Kami teruja kerana dapat menawarkan kepada generasi seterusnya jam tangan pintar dan pelbagai hibrid."
 
Nota khas: 
 
• PENGENALAN DUA JAM TANGAN PINTAR SKRIN SENTUH YANG BAHARU:
SOFIE, UNTUK WANITA, DAN GRAYSON, UNTUK LELAKI
Penambahan ini kepada barisan jam tangan pintar menampilkan perisian yang dikemaskini, satu paparan skrin sentuh AMOLED (diod pemancar cahaya organik aktif-matriks) yang mempesonakan, dan direka, seperti gaya Bradshaw dan Dylan yang berterusan, untuk pelanggan yang mahukan kesemuanya: inovasi teknologi, penyambungan sosial dan gaya yang hebat.

Sofie yang anggun dan feminin itu mempunyai badan yang nipis dan ringan dengan pavé bezel dan satu paparan pusingan penuh. Ia akan ditawarkan dalam lapan gabungan penyaduran dan gelang tangan yang berbeza, dengan tujuh pilihan tali lucut pantas yang boleh ditukar ganti.

Grayson, yang dibuat untuk melengkapkan gaya hidup 24/7 bagi jejaka moden, menggabungkan kemewahan dengan gaya sporti, dan mempunyai dail pusingan penuh dengan mahkota berputar untuk penatalan yang pantas. Ia akan ditawarkan dalam warna keemasan, keluli tahan karat, dan biru dan hitam berplat ion, dengan empat pilihan tali yang boleh ditukar ganti.

Sama seperti peranti boleh pakai MICHAEL KORS ACCESS, Sofie dan Grayson adalah serasi dengan kedua-dua telefon Android™ dan iOS® berikutan teknologi terkini yang dimungkinkan melalui satu kerjasama dengan Google dan platform jam tangan pintar Android Wear™ 2.0. Mereka mencirikan sistem atas cip Qualcomm® Snapdragon™ Wear 2100.

• SATU PENGEMBANGAN YANG SIGNIFIKAN BAGI JAM TANGAN PINTAR LELAKI
Michael Kors percaya bahawa jam tangan pintar lelaki melambangkan satu peluang yang penting untuk masa depan. Selain skrin sentuh baharu bagi jam tangan pintar itu, jenama itu juga memperkenalkan dua gaya jam tangan pintar hibrid baharu untuk lelaki dan mengembangkan pelbagai hibrid Gage yang sedia ada. Bersama-sama, pilihan baharu itu akan menawarkan kepada jejaka Michael Kors dengan pelbagai reka bentuk jam tangan pintar dipertingkatkan yang kelihatan luar biasa dengan pengesanan kecergasan, pengesanan tidur dan pemberitahuan yang beliau dapati paling berguna.
 
• EVOLUSI APP MIKRO MICHAEL KORS ACCESS
Lelaran seterusnya bagi aplikasi itu akan menampilkan fungsi menarik yang didorong secara sosial, serta muka jam digital baharu yang disesuaikan. My Social adalah satu ciri yang membolehkan pengguna untuk menghubungkan kepada akaun Instagram beliau dan menetapkan satu foto peribadi sebagai muka jam. Aplikasi itu membolehkan anda untuk menatal melalui data Instagram anda, memilih satu imej kegemaran, dan juga menggunakan penapis, mewujudkan satu muka jam yang bersifat peribadi seperti kehidupan anda. Menjelang akhir tahun 2017, jenama itu akan mengeluarkan 15 muka jam tangan digital baharu, kesemuanya dengan pelbagai elemen yang disesuaikan.

• PELANCARAN MICHAEL KORS ACCESS DALAM PASARAN GLOBAL YANG BAHARU
Jenama itu akan melancarkan barisan peranti boleh pakai dalam beberapa pasaran baharu pada tahun 2017, termasuk Tanah Besar China, Brazil dan banyak negara lain.
 
"Jam tangan paparan MICHAEL KORS ACCESS sudah sekian lama menjadi pilihan yang sangat popular bagi pengguna yang ingin untuk memakai jam tangan yang bukan sahaja bergaya tetapi juga berfungsi," kata David Singleton, Naib Presiden bagi Kejuruteraan Android, Google. "Kami sangat teruja untuk meneruskan kerjasama dengan Michael Kors bagi mewujudkan peranti baharu yang indah yang membolehkan orang ramai menyatakan gaya mereka semasa berhubungan melalui ciri-ciri terbaharu Android Wear 2.0."
 
"Ketika kami lancarkan, kami menyatakan bahawa kami akan mengembangkan barisan peranti boleh pakai dengan mendengar dengan teliti kepada pelanggan kami," kata John Idol, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Michael Kors. "Mereka telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka suka berhubungan, suka dengan pemberitahuan yang mudah dari aplikasi kegemaran mereka, dan tidak boleh mendapatkan penyesuaian yang secukupnya. Kami gembira untuk memperkenalkan jam tangan pintar baharu dan perisian yang luar biasa yang menyampaikan segala yang diinginkan dan lebih banyak lagi, dan di lebih banyak pasaran berbanding sebelum ini."
 
Jam tangan pintar skrin sentuh MICHAEL KORS ACCESS dijual dari harga USD $350. Jam tangan pintar hibrid bermula dari USD $250. Pengesan aktiviti bermula dari USD $95. Kesemuanya boleh didapati di kedai-kedai Michael Kors, MichaelKors.com dan gedung beli-belah terpilih dan kedai istimewa.
 
MAKLUMAT MENGENAI MICHAEL KORS ACCESS JAM TANGAN PINTAR SKRIN SENTUH
 
Kesemua jam tangan pintar skrin sentuh MICHAEL KORS ACCESS menawarkan ciri-ciri yang disesuaikan yang sangat sesuai untuk pelanggan jenama itu yang sofistikated, sibuk dan sentiasa berhubungan secara sosial:
  • Michael Kors yang eksklusif memaparkan muka jam, yang berubah dengan satu sentuhan — sama ada ia adalah kronograf digital yang direka untuk gimnasium atau aksi rancak yang bergemerlapan pada malam hari
  • Beratus kemungkinan kombinasi bagi muka paparan, warna dan sub dail
  • Sebuah jam tangan pintar paparan skrin sentuh yang dikuasakan oleh Android Wear 2.0 supaya anda boleh:
    • Muat turun aplikasi pihak ketiga dengan mudah melalui Google Play Store di jam
    • Temui Google Assistant™ anda dengan menekan butang kuasa atau dengan berkata "Ok Google." Bertanyakan mengenai cuaca, menetapkan satu peringatan, mendapatkan arah jalan dan banyak lagi.
    • Menyesuaikan muka jam, kombinasi warna dan maklumat untuk disesuaikan dengan gaya anda, mood anda dan kehidupan anda
    • Mengesan larian, berbasikal, latihan kekuatan (contohnya, mengangkat dan tekan tubi) dan banyak lagi melalui Google Fit
    • Mengukur kalori, langkah, jarak dan latihan tambahan berdasarkan kepada setting
    • Penstriman muzik terus dari jam apabila anda disambungkan kepada telefon atau WiFi dengan aplikasi Google Play Music.
  • Tali jam kulit, silikon dan keluli tahan karat yang boleh ditukar ganti
  • Gaya untuk lelaki dan wanita
  • Mengecas secara magnetik
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, TEMUI KAMI DI:

Michael Kors Access: http://www.michaelkors.com/Access
Destination Kors: http://www.destinationkors.com/
Michael Kors di Instagram: http://instagram.com/michaelkors
Michael Kors di Facebook: http://www.facebook.com/michaelkors
Michael Kors di YouTube: https://www.youtube.com/user/michaelkors
Michael Kors di Snapchat: https://www.snapchat.com/add/michaelkors
Michael Kors di Twitter: http://twitter.com/michaelkors
Michael Kors di Pinterest: https://www.pinterest.com/michaelkors/
Michael Kors di Weibo: http://weibo.com/michaelkors
Carian untuk “Michael Kors” di Weixin dan WeChat
Carian untuk “Michael Kors” di LINE Jepun
 
Maklumat mengenai Michael Kors

Michael Kors adalah seorang pereka terkenal dunia, pereka yang memenangi anugerah bagi aksesori mewah dan pakaian yang sedia untuk dipakai. Syarikatnya yang mempunyai nama yang sama, yang ditubuhkan pada tahun 1981, pada masa ini menghasilkan pelbagai produk di bawah Michael Kors Collection, MICHAEL Michael Kors dan Michael Kors Mens, termasuk aksesori, pakaian sedia pakai, kasut, peranti boleh pakai, jam tangan dan barisan lengkap produk wangi-wangian. Kedai Michael Kors dikendalikan, sama ada secara langsung atau melalui rakan kongsi pelesenan, di sebahagian bandar raya paling berprestij di dunia, termasuk New York, Beverly Hills, Chicago, London, Milan, Paris, Munich, Istanbul, Dubai, Seoul, Tokyo dan Hong Kong.
 
Kenyataan Yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Anda tidak sepatutnya terlalu bergantung kepada kenyataan seperti itu kerana ia adalah tertakluk kepada pelbagai ketidaktentuan dan faktor-faktor yang berkaitan dengan operasi dan persekitaran perniagaan bagi Syarikat itu, kesemuanya yang sukar diramal dan banyak daripadanya adalah di luar kawalan Syarikat berkenaan. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu termasuk maklumat mengenai andaian atau kemungkinan keputusan pada masa hadapan bagi operasi Syarikat itu, termasuk perihal strategi perniagaan mereka. Kenyataan-kenyataan ini sering kali mengandungi perkataan seperti "boleh," "akan," "harus," "percaya," "menjangka," "menduga," "berhasrat," "merancang," "anggaran" atau ungkapan yang membawa maksud yang sama. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu yang terkandung di dalam siaran akhbar ini adalah didasarkan kepada andaian bahawa Syarikat itu telah mengambil tindakan berdasarkan kepada pengalaman pengurusan di dalam industri dan juga persepsi mengenai trend sejarah, keadaan semasa, perkembangan di masa hadapan dan faktor-faktor lain yang ia percaya adalah sesuai mengikut keadaan itu. Anda perlu memahami bahawa kenyataan-kenyataan ini tidak menjamin prestasi atau keputusan. Ia melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan andaian. Walaupun Syarikat itu percaya bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini adalah berdasarkan andaian yang munasabah, anda harus sedar bahawa banyak faktor boleh menjejaskan keputusan kewangan yang sebenar atau keputusan operasi dan boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Faktor-faktor ini dibincangkan dengan lebih terperinci dalam bahagian "Faktor Risiko" dan di tempat lain di dalam Laporan Tahunan Michael Kors pada Borang 10-K untuk tahun kewangan yang berakhir pada 2 April, 2016 (No. Fail 001-35368) dan Laporan Suku Tahun pada Borang 10-Q (No. Fail 001-35368) untuk suku tahun kewangan yang berakhir 2 Julai, 2016, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat.

Android Wear™ memerlukan sebuah telefon yang menggunakan Android 4.3+ atau iOS 8.2+. Ciri-ciri sokongan mungkin berbeza-beza di antara platform. Layari  g.co/wearcheck pada telefon Android atau iPhone® anda untuk melihat sama ada peranti anda serasi.
Google, Android dan Android Wear adalah merupakan tanda dagangan milik Google Inc.
iPhone adalah sebuah tanda dagangan milik Apple, Inc. Qualcomm dan Snapdragon adalah merupakan tanda dagangan milik Qualcomm Incorporated.
 
Hubungi
ICR, Inc.
Jean Fontana, 203-682-1214
jean.fontana@icrinc.com
atau
Media:
ICR, Inc.
Alecia Pulman, 646-277-1231
KorsPR@icrinc.com
 
Sumber: Michael Kors
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170323005099/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.