ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  EXPORT DEVELOPMENT CANADA MENUBUHKAN CAWANGAN PEMBIAYAAN BAHARU DAN PERTAMA DI SINGAPURA, DENGAN MERAMALKAN BERBILION DOLAR DI DALAM PINJAMAN BAHARU UNTUK SYARIKAT-SYARIKAT ASIA, ASEAN DAN OCEANIA

Friday 24/03/2017



- Cawangan Singapura untuk membantu EDC mengembangkan tempahan pinjaman tahunan kepada USD 4 bilion menjelang tahun 2021
 
- Berpotensi untuk bekerjasama dengan bank-bank komersial di dalam kemudahan pembiayaan bersindiket bagi syarikat-syarikat Asia untuk menyokong perniagaan mereka yang berfokuskan perdagangan
 
- Pejabat cawangan baharu untuk menyokong dan menambah perwakilan semasa di Jakarta, Mumbai, Delhi, Beijing dan Shanghai
 
SINGAPURA, 24 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Export Development Canada (EDC), agensi kredit eksport Kanada yang dinamik, hari ini mengumumkan cawangan global mereka yang baharu dan pertama di luar Kanada, di Singapura.

Cawangan baharu EDC itu akan membawa perniagaan pembiayaan berskala global lebih dekat kepada projek-projek dan syarikat-syarikat di seluruh Asia, ASEAN dan Oceania dengan berunding dan menaja jamin pembiayaan mereka dari Singapura.

Cawangan baharu Singapura itu dijangka memainkan satu peranan penting dalam menggandakan tempahan pinjaman EDC menjelang tahun 2021, apabila ia berharap untuk dapat menyediakan lebih USD 4 bilion dalam pembiayaan perdagangan baharu setiap tahun. Tumpuan EDC akan membangunkan perhubungan pembiayaan dengan syarikat-syarikat dan pemilik projek di rantau itu yang mungkin sudah mempunyai pembekal Kanada, atau di mana terdapat potensi untuk bekalan Kanada pada masa hadapan. EDC juga boleh menyokong pelaburan asing Kanada dan pelaburan asing ke Kanada di mana terdapat perhubungan terus dengan eksport Kanada.

Di samping itu, EDC akan secara aktif menerokai peluang-peluang untuk bekerjasama dengan bank-bank komersial di dalam kelab dan kemudahan pembiayaan bersindiket bagi perbadanan terpilih di seluruh Asia dan Oceania. Pasaran ASEAN terutamanya menjadi kepentingan tertentu bagi cawangan EDC di Singapura, dengan ekonominya yang pantas berkembang dan mempunyai lebih 625 juta penduduk.

"ASEAN adalah sebuah rantau yang dinamik yang berkembang pada kadar yang luar biasa, dan syarikat-syarikat ASEAN yang berkembang memerlukan modal untuk menyokong aspirasi pertumbuhan dan perniagaan mereka yang berfokuskan perdagangan," kata Bill Brown, Naib Presiden Serantau, Asia, EDC. "EDC menawarkan kepada syarikat-syarikat Asia dengan sebuah pembiaya yang stabil dan berskala global dengan satu lingkungan perkongsian jangka panjang.

Kami bukan sahaja menyediakan pembiayaan, tetapi kami juga boleh membantu syarikat anda mengurangkan kos, menjadi lebih produktif, dan lebih berinovatif dengan memperkenalkan teknologi dan kepakaran Kanada."

Encik Brown ditempatkan di Singapura dan akan bertanggungjawab bagi kesemua aktiviti EDC di pasaran. Singapura telah dipilih bagi cawangan global EDC yang pertama berikutan kedudukannya yang teratas bagi kemudahan menjalankan perniagaan, tenaga kerja yang berpendidikan dan sebagai pusat kewangan, komersial, dan pusat pengangkutan Asia.

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, EDC telah membantu memudahkan hampir 13 bilion CAD di dalam perniagaan di antara syarikat-syarikat yang berpangkalan di ASEAN dan Kanada, melalui keseluruhan penyelesaian kewangan mereka.

Sektor utama yang mendapat perhatian bagi EDC di pasaran ASEAN adalah infrastruktur (termasuk tenaga dan teknologi bersih), ekstraktif (perlombongan, minyak dan gas), dengan kepentingan tambahan di dalam teknologi maklumat dan komunikasi, pembuatan ringan, dan pengangkutan (pengeluaran automobil, aeroangkasa, dan kereta api).

"Kepakaran Kanada di dalam sektor-sektor ini boleh merangsangkan perdagangan yang lebih besar di antara apa yang diinginkan oleh ASEAN dan apa yang dapat disediakan dengan baik oleh Kanada," kata Encik Brown. "Negara-negara itu adalah padanan semula jadi oleh kerana kedua-duanya mempunyai banyak sumber asli yang tersebar luas di kawasan geografi yang besar."

"Pembukaan cawangan pertama EDC di Singapura akan menyokong usaha yang diperbaharui Kanada untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala dengan ASEAN," kata Marie-Louise Hannan, Duta Kanada ke ASEAN. "Kami melihat kehadiran baharu ini sebagai satu peluang besar bagi syarikat-syarikat Kanada dan ASEAN untuk melakukan lebih banyak perniagaan secara bersama."

"Keputusan EDC untuk menempatkan cawangan di Singapura juga mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat oleh entiti Kanada mengenai pentingnya negara kota yang dinamik ini sebagai sebuah hab serantau," kata Lynn McDonald, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Singapura.

Pada tahun 2016, EDC menyokong hampir 500 buah syarikat di rantau ASEAN, yang merupakan pemacu utama bagi 21 bilion CAD dalam perdagangan dua hala tahunan di antara syarikat-syarikat Kanada dan syarikat-syarikat dan pengguna ASEAN.

Sektor infrastruktur adalah satu contoh yang terbaik mengenai bagaimana kehadiran EDC di pasaran boleh dengan ketara memberi manfaat kepada syarikat-syarikat ASEAN. Sepanjang lima tahun yang lepas, EDC telah menyediakan lebih USD 315 juta kepada sektor infrastruktur di rantau itu, terutamanya melalui pembiayaan kepada korporat-korporat ASEAN.

"EDC dengan mempunyai kehadiran di dalam pasaran akan memudahkan syarikat-syarikat ASEAN untuk mengambil kesempatan daripada keupayaan Kanada untuk menawarkan cara-cara yang menjimatkan kos, cekap, dan mapan bagi meningkatkan pelbagai infrastruktur merentasi ke seluruh rantau itu," kata Encik Brown.

EDC telah menjadi sebuah pembiaya perdagangan global sejak tahun 1944 dan aktif di Asia dan Oceania sejak penubuhannya. EDC mempunyai wakil tetap di dalam kedutaan asing Kanada di Jakarta, Mumbai, Delhi, Beijing dan Shanghai.

EDC juga mempunyai wakil tetap di Bogotá, Rio de Janeiro, São Paulo, Lima, Bandar Raya Mexico, Monterrey, Santiago, Moscow, Johannesburg, Dubai, Istanbul, London, dan Düsseldorf.

Maklumat mengenai EDC

EDC adalah merupakan agensi kredit eksport Kanada, yang menyediakan perkhidmatan kewangan untuk syarikat-syarikat yang membeli daripada syarikat-syarikat Kanada, atau mereka yang mempunyai bekalan dan perkhidmatan Kanada di dalam rantaian nilai korporat mereka. Pembiayaan EDC boleh digunakan untuk perbelanjaan modal dan/ atau keperluan pembiayaan projek, sama ada melalui kemudahan korporat dua hala atau secara bersindiket. Beroperasi pada prinsip-prinsip komersial, EDC mempunyai falsafah perkongsian-pilihan bagi bekerjasama dengan institusi kewangan sektor swasta untuk berkongsi risiko dan mewujudkan kapasiti yang lebih besar bagi urus niaga perdagangan Kanada. EDC adalah komited kepada Tanggungjawab Sosial Korporat, dan ia mengambil kira kesan alam sekitar dan sosial di dalam semua urus niaga mereka.

Hubungi
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Export Development Canada (EDC)
Elise Dedekam
ededekam@edc.ca
+1 (613) 851-3048
atau
Hill+Knowlton Strategies, Singapura
Holly Huang / Aaron Ng
holly.huang@hkstrategies.com / aaron.ng@hkstrategies.com
(65) 6390-3346 / (65) 6390-3335

Sumber: Export Development Canada
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:

 http://www.businesswire.com/news/home/20170323006169/en/Export-Development-Canada-Sets-Financing-Branch-Singapore

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.