ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  LEBIH 10,000 ORANG BERKETURUNAN CINA MEMBUAT PEMUJAAN MOYANG LEGENDA DI ZHENGZHOU

Friday 31/03/2017



AsiaNet 68008

ZHENGZHOU, China, 31 Mac, 2017 /Xinhua-AsiaNet/-

 
Lebih 10,000 orang berketurunan Cina dari lebih 40 buah negara dan wilayah menghadiri satu majlis pemujaan besar-besaran pada Khamis sebagai memperingati moyang legenda negara itu Huangdi, atau Maharaja Kuning, demikian dilaporkan oleh portal tempatan zynews.

Khamis ini adalah 3 Mac pada kalendar lunar Cina yang dipercayai merupakan hari lahir  bagi legenda keramat itu.

Majlis tersebut telah diadakan di Xinzheng di Bandar Raya Zhengzhou, wilayah Henan di kawasan tengah China, di mana ibu negara Empayar Huaxia Huangdi itu ditempatkan selepas beliau menyatukan kesemua suku kaum yang lain di China 5,000 tahun dahulu.

Upacara yang serupa turut diadakan di Macao, Hong Kong, Taiwan, San Francisco dan Sydney untuk memuja Huangdi dan mendoakan bagi rejuvenasi negara China.

Tema majlis itu "Orang Cina yang mempunyai akar umbi yang sama mendoakan untuk keamanan dan keharmonian".

Sejak tahun 2006, upacara itu telah menarik berpuluh-puluh ribu orang Cina dari seluruh dunia untuk mencari asal usul keturunan mereka pada setiap tahun dan telah menjadi satu upacara yang berpengaruh bagi orang Cina di luar negara. Xinzheng dengan demikian telah menjadi sebuah tempat yang suci dan tanah tumpah darah kerohanian bagi orang Cina.

Huangdi dipercayai telah dilahirkan, memulakan kerjaya beliau dan menubuhkan pusat pemerintahan di Xinzheng. Beliau dianggap sebagai moyang yang sama bagi semua orang Cina di seluruh pelusuk dunia. Kegiatan pemujaan kepada nenek moyang dimulakan pada masa purba China dan telah menjadi satu upacara pemujaan sejak Dinasti Tang dan berlangsung untuk selama satu milenium.

Sebagai tanah tumpah darah bagi Huangdi dan satu asal usul penting bagi ketamadunan Cina, Zhengzhou telah menyaksikan pembangunan yang pesat dalam dekad yang lalu. Ia merupakan satu daripada hab pengangkutan China dan sebuah jendela di daerah pedalaman. Ia juga merupakan satu persimpangan penting di Jambatan Benua Eropah Asia dan sedang berusaha membina sebuah Bandar Raya Pusat Nasional.
 
Sumber: zynews
 
Lampiran Pautan Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=286614

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.