ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  HANGZHOU YANG BERINOVATIF DISENARAIKAN BANDAR RAYA MAJU YANG UTAMA DI CHINA

Friday 07/04/2017

AsiaNet 68127

HANGZHOU, China, 7 April, 2017 /Xinhua-AsiaNet/-

Hangzhou, sebuah bandar raya di timur China yang berjaya menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak G20 pada September 2016, telah digelar sebagai sebuah bandar raya bersejarah dan budaya yang penuh dengan inovasi yang bertenaga. Bandar raya itu mengekalkan reputasinya pada tahun 2016 dengan mencapai pengeluaran ekonomi sebanyak 1.1 trilion yuan (160 bilion dolar Amerika) pada tahun 2016, sekali gus menjadi sebuah ahli bandar raya baharu bagi kelab "trilion yuan". KDNK per kapita mereka mencapai tahap yang sama seperti negara-negara kaya dan indeks mereka bagi kebahagian penduduk adalah yang tertinggi di kalangan bandar raya di China.

Jack Ma, Pengerusi Eksekutif Alibaba dan seorang tokoh ikonik di bandar raya Hangzhou, berkata Hangzhou pada masa lampau dianggap sebagai sebuah laman belakang bagi Shanghai disebabkan oleh pemandangannya yang indah dan persekitaran kehidupan yang selesa, tetapi kini ia telah menjadi sebuah model bagi pembangunan sosial dan ekonomi jenis baharu di China hasil daripada perkembangan inovasinya yang bertenaga.

Sepanjang lima tahun yang lalu, kerajaan perbandaran Hangzhou menetapkannya sebagai projek nombor satu untuk membangunkan ekonomi maklumat dan menggalakkan aplikasi pintar dan mencapai purata pertumbuhan tahunan sebanyak 9 peratus. Pada tahun 2016, nilai ditambah bagi ekonomi maklumat mencapai 268.8 bilion yuan (39 bilion dolar Amerika), yang menyumbangkan lebih 50 peratus kepada pertumbuhan KDNK.

Kedua-dua pakar ekonomi dari China dan luar negara percaya bahawa kejayaan itu telah membuktikan bahawa pembaharuan penawaran China telah mendatangkan keuntungan kepada bandar raya ini. Bandar raya seperti Hangzhou membawa kebaikan bandingan mereka dan berpegang teguh kepada peralihan kepada ekonomi maklumat, yang mewujudkan persekitaran yang berkualiti bagi keusahawanan muda.

Kisah legenda Jack Ma memang masyhur di seluruh dunia. Sebenarnya, terdapat lebih banyak syarikat e-dagang seperti Alibaba di Hangzhou. Bandar raya itu 
adalah merupakan zon eksperimen bagi e-dagang merentas sempadan yang pertama di China dan mempunyai lebih daripada satu pertiga daripada syarikat-syarikat e-dagang China. Menurut iResearch, sebuah pembekal data pihak ketiga, 40 peratus daripada platform dagangan B2B China dengan jualan tahunan melebihi 10 juta yuan terletak di Hangzhou.

Hangzhou juga adalah merupakan zon demonstrasi inovasi bebas negara China. Terdapat sebuah Bandar Impian di barat Hangzhou. Orang ramai memanggilnya sebuah pulau fantasi yang lahir dengan impian. Cerita-cerita permulaan seperti mempersiapkan keusahawanan internet dengan modal berlaku setiap hari di sini. Dengan keluasan meliputi tiga kilometer persegi, Bandar Impian itu menarik lebih 7,000 orang usahawan dan 700 projek. Sebahagian besar daripada kalangan usahawan itu lahir selepas tahun 1990.

Hangzhou telah menjadi seperti magnet untuk bakat, modal, projek dan elemen keusahawanan mewah yang lain. Angka-angka terkini menunjukkan bahawa pada tahun 2016 Hangzhou menduduki tempat pertama di dalam senarai 20 bandar raya UTAMA China yang mempunyai aliran masuk bersih bakat. LinkedIn berkata dalam laporan terbarunya bahawa Hangzhou adalah antara Tiga bandar raya Utama di China yang paling menarik pada pandangan orang asing. Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, lebih 230,000 bakat di luar negara telah memilih untuk menetap di Hangzhou dan 94 peratus daripada mereka bekerja di dalam perkhidmatan perisian maklumat, bioperubatan, tenaga baharu, penjimatan tenaga, perkhidmatan kewangan, dan lain-lain.

Sebagai contoh, dalam Ant Financial Services Group, yang secara rasmi ditubuhkan pada Oktober 2014 dan berasal daripada Alipay yang merupakan platform pembayaran pihak ketiga yang terkemuka di dunia yang diwujudkan pada tahun 2004, terdapat sebuah komuniti yang pulang dari luar negara. Majoriti daripada mereka sebelum ini telah bekerja untuk beberapa nama besar seperti Facebook, Google, Amazon, eBay, Microsoft.

Mereka telah melakukan apa institusi kewangan global mahu lakukan tetapi gagal: iaitu menyediakan perkhidmatan kewangan yang menyeluruh kepada perusahaan kecil dan mikro, dan pengguna individu dan membantu mereka menikmati perkhidmatan kewangan yang sama mudah seperti meminum secawan air, tidak kira sama ada mereka kaya atau miskin, dan dari negara mana mereka datang.

Zhao Yide, ketua Parti Komunis China di Hangzhou, berkata bahawa bandar raya itu perlu memecahkan kesemua halangan di dalam perjalanan mereka kepada transformasi ekonomi dan pembangunan ekonomi dan berinovatif. 

"Kita perlu mempercepatkan pewujudan sebuah  pusat bagi inovasi dan keusahawanan, yang didasarkan kepada strategi ‘Internet Plus’ dan mempunyai pengaruh global, agar Hangzhou boleh berkembang menjadi sebuah bandar raya antarabangsa yang cantik," kata beliau.

Sumber: Kerajaan Perbandaran Hangzhou

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=287220

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.