ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  PENEMPATAN PESANAN DALAM TALIAN KINI TERDAPAT UNTUK PRODUK OEM (ODM) BAGI 25 JENIS AIR SEMULA JADI JEPUN

Tuesday 11/04/2017



AsiaNet 68137

TOKYO, 11 Apr., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Hoshi Corporation, sebuah pengeluar bagi produk kosmetik, separa ubat-ubatan dan makanan tambahan kesihatan yang beribu pejabat di Jepun, kini bersedia untuk menerima melalui sebuah laman web baharu dengan pesanan dalam talian bagi 25 jenis air semula jadi Jepun yang mengandungi bahan-bahan yang berasal dari laut, "onsen" (mata air panas), buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan mineral semula jadi. Produk kami yang selamat, berkualiti tinggi dan berharga itu telah membawa kepada penjualan lebih 20,000 produk di seluruh dunia.

(Imej:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104323/201704060691/_prw_PI1fl_RWk2TI5b.jpg)
 
Laman web: http://hoshicorp.jp/business/water/
Peranti yang boleh akses: Komputer, telefon bimbit
 
Fungsi air di dalam produk kosmetik
Secara umum, lebih 95% daripada losyen kosmetik (toner) adalah air. Oleh itu, ia boleh dikatakan bahawa air adalah berkait rapat dengan kesan bagi produk penjagaan kulit lebih daripada bahan-bahan aktif.
Ia adalah penting untuk menjaga kulit anda bukan sahaja daripada dalam badan dengan meminum air, tetapi juga daripada luar.
 
Jepun dikelilingi oleh laut pada setiap sudut, dengan kaki bukit berhutan menghuni lebih 80% daripada kawasan tanah. Kami mempunyai banyak sumber air yang diperolehi daripada alam semula jadi dan kebanyakan mereka telah diluluskan sebagai bahan kosmetik. Bahan-bahan air itu menikmati reputasi yang tinggi dan mendapat sokongan daripada pelanggan-pelanggan kami. Dengan menimbang "air" sebagai sebuah bahan aktif yang penting, kami menawarkan produk yang menjamin tahap kualiti yang tinggi selain daripada kepuasan pelanggan. Air kami boleh menjelmakan konsep jenama syarikat dan menjanakan nilai produk tambahan.  
 
Kami menawarkan air yang unik ini sebagai sebuah bahan kosmetik dan juga boleh menggabungkannya selaras dengan formulasi OEM anda.
Pengenalan dan cadangan
(1) Air Onsen Shimane Izumo
Dikelilingi oleh sungai yang jelas dan landskap yang indah, tapak mata air panas Izumo secara meluas dikenali sebagai sebuah mandian berubat sejak 1,200 tahun yang lalu. Daripada kemujarabannya, ia sering dipanggil "air panas kecantikan" kerana penembusannya yang mendalam ke dalam kulit.
 
(2) Air Mandarin Orange (Unshu-Mikan)
Diperolehi daripada oren mandarin yang dihasilkan di wilayah Ehime: Suhu yang sederhana pada sepanjang tahun membuat Ehime sebuah kawasan pengeluaran yang terbaik bagi  oren mandarin. Ehime menghadap Laut Kepulauan Seto dan landskapnya yang indah dan iklim yang tenang membuatkan orang ramai menggelarkannya "Aegean Sean di Jepun." Oren mandarin yang dipetik secara manual adalah sangat segar dan kemanisan semula jadi dan kelazatannya adalah agak ketara.
 
(3) Air Laut Dalam Hokkaido Shiretoko Rausu
Semenanjung Shiretoko terletak di utara Hokkaido dan telah dimasukkan ke dalam satu senarai tapak-tapak Warisan Semula Jadi Dunia. Rausu menghadap Laut Okhotsk dan ia adalah dikenali sebagai tempat paling selatan di dunia di mana ais hanyut boleh dilihat.
 
Profil Syarikat
Nama: Hoshi Corporation
Alamat: 31-2, Kanda Higashi Matsushita-Cho, Chiyoda-ku, Tokyo 101-0042, JEPUN
Ketua Pegawai Eksekutif: Tsuneo Hoshino
Ditubuhkan: 30 April, 1975
Modal: 80,000,000 yen
Jenis perniagaan:
- Jualan bagi kosmetik, farmaseutikal dan makanan kesihatan
- Perancangan dan jualan bagi bekas dan bahan pembungkusan
-Perancangan dan pembuatan kontrak bagi kosmetik, farmaseutikal dan makanan kesihatan
 
 
SUMBER: Hoshi Corporation

--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.