ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 17, 2024 -Rabu

 
  UNISYS BERGABUNG DENGAN JR TECHNOLOGIES UNTUK MEMAJUKAN PENYELESAIAN KEUPAYAAN PENGAGIHAN BAHARU (NDC) BAGI SYARIKAT PENERBANGAN

Wednesday 12/04/2017



AsiaNet 68156

BLUE BELL, Pa, Amerika Syarikat, 12 April, 2017/Medianet International-AsiaNet/ --
 
Penyelesaian modular memanfaatkan penyelesaian perkhidmatan penumpang Unisys AirCore(R) bagi Pengurusan Pesanan dan Pengurusan Tawaran JR Technologies bagi syarikat penerbangan untuk menguruskan pengagihan, servis, penunaian dan penghantaran produk mereka

Unisys Corporation (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan satu perjanjian dengan JR Technologies (JRT) untuk membangunkan satu pendekatan bersama bagi menyampaikan New Distribution Capability (NDC) bagi keperluan industri syarikat penerbangan. Dalam pendekatan yang pertama seumpamanya ini, gabungan sistem pengurusan tawaran JRT (OfMS) dan Unisys AirCore(R) Order Manager(TM) menyediakan kepada syarikat penerbangan dengan fleksibiliti dan kepantasan ke arah sebuah persekitaran penjualan dan perkhidmatan runcit.
 
Dibangunkan oleh The International Air Transport Association (IATA), NDC mentakrifkan satu standard penghantaran data baharu bagi menangani batasan pengedaran masa kini oleh industri, termasuk pembezaan produk dan masa ke pasaran, akses kepada kandungan udara yang penuh, kaya dan pengalaman membeli-belah yang jelas. Pendekatan Unisys-JRT menggabungkan kedua-dua penyelesaian yang diperlukan untuk memastikan kejayaan penerimaan NDC oleh syarikat penerbangan: keupayaan untuk mencipta, berkomunikasi dan menguruskan penawaran produk (OfMS) dan, apabila satu tawaran dipilih, satu penyelesaian untuk menguruskan pesanan itu (AirCore Order Manager).
 
"Kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Unisys untuk memajukan usaha NDC syarikat penerbangan," kata George Khairallah, Presiden bagi JR Technologies. "Ketika syarikat penerbangan menjalankan lebih banyak eksperimen dengan inisiatif tawaran NDC,  mereka melihat keperluan bagi pengurusan pesanan direka untuk memberikan perkhidmatan tawaran penuh yang mantap dan bukannya penyimpanan pesanan runcit dan reka bentuk pengesanan generik. Kami paling kagum dengan reka bentuk dan keupayaan serba boleh, kecanggihan AirCore Order Manager untuk dengan kadar segera menangani perkhidmatan pesanan pelanggan sentrik yang lengkap di atas mana-mana sistem perkhidmatan penumpang syarikat penerbangan. Apabila digabungkan, kami menawarkan sebuah platform runcit yang benar-benar bekerjasama."

"JR Technologies adalah satu pilihan yang jelas sebagai rakan NDC kami," kata Dheeraj Kohli, Naib Presiden dan Ketua Global bagi Perjalanan dan Pengangkutan untuk Unisys. "Yang pertama memperolehi NDC yang diperakui, JRT juga kekal sebagai pemimpin pemikir di dalam memahami nuansa dan keperluan untuk mencapai persekitaran runcit syarikat penerbangan yang sebenarnya. Pembezaan syarikat penerbangan dan peningkatan pendapatan adalah merupakan faktor pemacu bagi perubahan di dalam pengedaran saluran dan JRT jelas berada di barisan hadapan dalam membantu syarikat penerbangan memastikan ia berlaku. Objektif utama di dalam pendekatan bersama kami adalah untuk menghapuskan halangan kerumitan oleh syarikat penerbangan dan menyediakan dengan serta-merta pemahaman ke dalam permintaan pelanggan, keutamaan dan tujuan perjalanan bagi memacukan sumber pendapatan baharu, kawalan pengedaran dan inovasi."

OfMS menggabungkan keupayaan membeli-belah dan perdagangan menyeluruh yang membolehkan syarikat penerbangan untuk menyajikan tawaran kandungan yang khusus, kaya melalui setiap saluran jualan. Pemberkasan dan memisahkan pemberkasan bagi tambang dan sampingan dioptimumkan dengan menggunakan peraturan perniagaan yang canggih, menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk ditawarkan, dan kemudian membuat pesanan melalui integrasi dengan sistem AirCore's Order Manager.

Unisys AirCore Order Manager menyediakan sumber induk yang lengkap bagi kesemua perjalanan penumpang dan maklumat perkhidmatan dan menyampaikan suatu persekitaran runcit saluran semua arah yang lengkap bagi kawalan dan perkhidmatan pesanan induk. Selain daripada pemprosesan standard mesej IATA NDC, AirCore Order Manager berkomunikasi dengan sistem perkhidmatan penumpang syarikat penerbangan melalui antara muka standard industri. Keupayaan ini membolehkan keberkesanan kos, dwiarah dan penyelarasan tepat masa bagi pesanan dan rekod nama penumpang (PNR).

Unisys mempunyai lebih 45 tahun pengalaman dalam menyediakan penyelesaian IT termaju, kritikal kepada industri penerbangan. Lapan belas daripada 25 buah syarikat penerbangan terkemuka bergantung kepada penyelesaian Unisys, dan 20 peratus daripada penumpang dunia yang menaiki pesawat diproses melalui penyelesaian Unisys.

Maklumat mengenai JR Technologies
JR Technologies adalah sebuah pemimpin pemikir di dalam peruncitan syarikat penerbangan dan New Distribution Capabilities (NDC)Ditubuhkan pada tahun 2015 di Chania, di Kepulauan Crete, Pusat Inovasi JR Technologies adalah khusus untuk menyokong penerimaan NDC dan berbangga mempunyai keupayaan prototaip pantas dan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang tidak ada tandingannya di dalam industri perjalanan. Dengan lokasinya di Athens (Greece), Dublin (Ireland), dan Detroit (Michigan, Amerika Syarikat), JR Technologies menawarkan NDC akhir-ke-hujung yang membolehkan penyelesaian peruncitan syarikat penerbangan yang menyokong kedua-dua pengedaran langsung dan tidak langsung. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jrtechnologies.com.
 
Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang pakar di dalam menyediakan penyelesaian yang berfokuskan industri yang disepadukan dengan keselamatan canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial. Penawaran Unisys termasuk penyelesaian keselamatan, analisis data termaju, perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi dan aplikasi dan perisian pelayan. Untuk maklumat lanjut: sila layari www.unisys.com.
Ikuti Unisys di Twitter dan LinkedIn.
 
Hubungi:                                              
Claire Hosegood, Unisys, +61 411 253 663
claire.hosegood@au.unisys.com
                              
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
UIS-C
 
SUMBER: Unisys Corporation 

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.