ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PENENTUAN MUKTAMAD SIASATAN PELINDUNG TERHADAP PENGIMPORTAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI (REBAR) DAN ROD DAWAI KELULI & BAR BEBUNGA DALAM GEGELUNG (SWR & DBIC) KE MALAYSIA DIBAWAH AKTA PELINDUNG 2006

Thursday 13/04/2017



KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kerajaan telah memulakan dua (2) penyiasatan pelindung terhadap pengimportan keluaran batang penulangan konkrit keluli (REBAR) dan rod dawai keluli & bar bebunga dalam gegelung (SWR & DBIC) pada 28 Mei 2016 dan 29 Mei 2016 berikutan petisyen yang dikemukakan oleh Malaysia Steel Association (MSA) yang mewakili industri tempatan. Pempetisyen mendakwa bahawa peningkatan import bagi keluaran-keluaran tersebut ke Malaysia telah mengakibatkan kemudaratan serius kepada industri tempatan. 

Sepanjang tempoh penyiasatan, Kerajaan telah menilai semua isu dan perkara yang dibangkitkan oleh semua pihak berkepentingan selaras dengan Akta Pelindung 2006 dan Peraturan-Peraturan Pelindung 2007. 

Berdasarkan Seksyen 25 Akta Pelindung 2006, Kerajaan telah membuat penentuan muktamad dan mengenakan duti pelindung muktamad bagi tempoh 3 tahun seperti berikut: 

(i) REBAR 

Tempoh : 14 April 2017 – 13 April 2018 
Duti Pelindung Muktamad  : 13.42%

Tempoh : 14 April 2018 – 13 April 2019
Duti Pelindung Muktamad  : 12.27%

Tempoh : 14 April 2019 – 13 April 2020
Duti Pelindung Muktamad  : 11.10%

(ii) SWR & DBIC

Tempoh : 15 April 2017 – 14 April 2018 
Duti Pelindung Muktamad  : 13.90% 

Tempoh : 15 April 2018 – 14 April 2019 
Duti Pelindung Muktamad  : 12.90% 

Tempoh : 15 April 2019 – 14 April 2020 
Duti Pelindung Muktamad  : 11.90%

Bagi SWR & DBIC, pengenaan duti ini tidak termasuk:

a) SWR & DBIC dengan kandungan karbon 0.60% atau lebih atau berdiameter lebih besar daripada 16.0 milimeter;

b) keluaran yang diimport bagi maksud penggunaan akhir industri automotif, elektrik dan elektronik, minyak dan gas keluaran daripada semua gred dan spesifikasi; dan

c) DBIC yang diimport bagi maksud penggunaan akhir industri pembinaan antigempa bumi daripada semua gred dan spesifikasi.  

Salinan Laporan Penentuan Muktamad boleh diperolehi di alamat berikut:

Pusat Sumber MITI
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tingkat 2, Menara MITI No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur
MALAYSIA


Tentang MITI:
MITI adalah pemacu utama dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan berkualiti dan meningkatkan status negara ini sebagai sebuah negara perdagangan yang kompetitif di peringkat global. Objektif dan peranannya adalah berorientasikan ke arah memastikan pembangunan ekonomi yang pesat di Malaysia dan membantu mencapai matlamat yang dinyatakan di negara ini untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. 

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Unit Komunikasi Strategik
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tel     :   +603 6200 0082
Faks    :  +603 6206 4293
Emel :   allpegkomunikasikorporat@miti.gov.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.