ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​TOSHIBA MEMPERLUASKAN BARISAN MIKROPENGAWAL BERASASKAN ARM® CORTEX®-M

Thursday 13/04/2017



- Mengukuhkan portfolio mikropengawal berkelajuan tinggi dengan pelbagai pakej dan saiz memori yang diperkayakan -


TOKYO, 13 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran “Kumpulan M3H (2)", sebagai kumpulan produk ketiga di dalam Keluarga TXZ™ bagi mikropengawal yang berkuasa rendah, berkelajuan tinggi yang berasaskan kepada teras ARM Cortex-M. Penghantaran sampel bagi 24 produk di dalam kumpulan itu akan bermula pada Mei dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula pada September.

Toshiba melancarkan "Kumpulan M3H (1)" dengan 30 produk bagi aplikasi peranti pengguna dan perindustrian pada Mei 2016, sebagai kumpulan produk pertama di  dalam keluarga TXZ itu. Oktober menyaksikan permulaan untuk penghantaran sampel bagi 13 produk daripada kumpulan produk kedua, "Kumpulan M4K," yang dilengkapi dengan sebuah enjin vektor.

"Kumpulan M3H (2)" yang baharu dilancarkan itu menduduki tempat yang lebih tinggi berbanding dengan "Kumpulan M3H (1)" fasa pertama. Produknya mempunyai sebuah barisan pakej yang meluas kepada maksimum 144 pin, dan maksimum bina dalam 512 KB Flash ROM.

Produk baharu itu adalah berdasarkan kepada teras ARM Cortex-M bagi sistem terbenam, standard de facto industri dan menggabungkan litar analog berprestasi tinggi dan pelbagai jenis fungsi asas yang diperlukan untuk menyokong kawalan motor yang komprehensif dan aplikasi di dalam peranti pengguna dan industri. Barisan itu termasuk pakej yang mencakupi  64 pin hingga 144 pin dan 256KB hingga 512KB memori flash, dan 32 bit memori flash data.

Frekuensi operasi adalah 80MHz (maksimum), dua kali ganda kelajuan bagi "Kumpulan M3H (1)." Ciri-ciri bersepadu termasuk litar analog berketepatan tinggi seperti penukar AD 12 bit (maksimum 21 saluran) dengan kelajuan penukaran 1.5μs; dan penukar DA 8 bit (2 saluran), di samping "Pemacu Motor Boleh Atur Baca Termaju (A-PMD)," sebuah litar kawalan motor yang sesuai untuk kawalan motor inverter bagi motor DC brushless. IC itu juga menggabungkan litar periferal pelbagai tujuan yang serba boleh seperti UART, I2C, TSPI , dan pemasa. Litar periferal pelbagai tujuan dan analog bertepatan tinggi ini membolehkan kumpulan M3H (2) untuk mencapai ciri-ciri berkuasa rendah dan pada masa yang sama mencatatkan prestasi tinggi bagi peralatan mewah rumah dan sistem berskala besar.

Di samping itu, sebuah fungsi diagnosis diri terbina dalam yang memeriksa voltan rujukan di dalam penukar AD, sebuah fungsi pariti RAM untuk mengesan kesilapan semasa pembacaan memori, dan sebuah litar pengiraan CRC menyumbang kepada beban yang dikurangkan di dalam pemprosesan perisian untuk mematuhi standard keselamatan berfungsi[1].  

Semasa penghantaran sampel, Toshiba akan menyediakan dokumentasi teknikal penting untuk mengkaji semula pengenalan bagi mikropengawal, perisian untuk menunjukkan sistem terbenam yang boleh digunakan, papan penilaian dan perisian pemacu untuk setiap antara muka kawalan. Di samping itu, pelbagai persekitaran pembangunan yang memenuhi pelbagai keperluan boleh dicapai melalui kerjasama dengan rakan ekosistem ARM di seluruh dunia.

Toshiba merancang untuk mengeluarkan kumpulan mikropengawal untuk kawalan komunikasi bagi pemprosesan data berkelajuan tinggi, dan peranti yang dilengkapi dengan litar analog berketepatan tinggi untuk kelajuan rendah hingga kawalan motor berkelajuan sederhana. Toshiba terus berusaha mengembangkan barisan Keluarga TXZ untuk memenuhi keperluan kawalan motor dan pasaran sensing global.

Penggunaan
Pendingin hawa, mesin basuh, peti sejuk, peralatan automasi pejabat, peralatan rumah dan kemudahan, peralatan audio visual, aplikasi kawalan motor (aplikasi pengguna dan industri)

Ciri-ciri Utama bagi Produk Baru
•     Teras ARM Cortex-M3 berprestasi tinggi, yang beroperasi sehingga 80 MHz
       Berdasarkan pada standard de facto industri bagi teras ARM Cortex-M.
•     Satu barisan variasi memori dan pakej
       Satu barisan variasi memori dan pakej mengembangkan rangkaian produk boleh guna.
•     Mikropengawal pelbagai guna untuk pelbagai aplikasi  
    
Pelbagai aplikasi yang disokong oleh kumpulan baru itu meliputi kawalan utama peralatan pengguna dan kawalan motor bagi pengguna dan peralatan perindustrian.
      Penukar AD, penukar DA, A-PMD, UART, I2C, TSPI, dan Pemasa adalah terbina dalam.
 
 
Spesifikasi dan Garis Bentuk bagi Produk Baharu
 
Nama siri / kumpulan produk Siri “TXZ3” / “Kumpulan M3H (2)”
Teras CPU  ARM Cortex-M3
Frekuensi pengoperasian maksimum 80 MHz
Pengayun dalaman 10 MHz (±1%)
Memori dalaman Flash (kod) 256 hingga 512 KB
 Flash (data) 32 KB
 RAM 66 KB
dengan bit pariti
I/O port 56 hingga 134
Litar pengiraan CRC  1 saluran
Komunikasi UART 5 hingga 6 saluran
 TSPI 1 hingga 5 saluran
 I2C 2 hingga 4 saluran
Penukar AD 12 bit (ADC) Input saluran 19 hingga 21 saluran
 Masa penukaran 1.5 μs
Penukar DA 8 bit (DAC) 2 saluran
Kawalan motor boleh atur cara termaju (A-PMD) 1 saluran
- pelengkapan 3 fasa PWM output: Resolusi: 12.5 ns
- kawalan PFC : 3 fasa antara lembar yang menyokong PFC
- Fungsi skram oleh sebuah input luaran
Input pengekod termaju (A-ENC) 1 saluran
Pemproses kawalan jauh (RMC) 1 saluran
Pemasa Menggunakan pemasa 32 bit: 8 saluran
Menggunakan pemasa 16 bit × 2 saluran: 16 saluran
Jam masa nyata (RTC) 1 saluran
Pengawas masa (WDT) 1 saluran
Pengawal DMA (DMAC) 64 saluran / 2 unit
Julat suhu operasi -40 hingga +85°C
Voltan bekalan kuasa 2.7 hingga 5.5V
Jumlah pin 64 hingga 144 pin
 
 
Harga sampel (termasuk cukai)
TMPM3HQFDFG (LQFP144,512KB) 700 yen
TMPM3HPFDFG (LQFP128,512KB) 650 yen
TMPM3HNFDFG (LQFP100,512KB) 600 yen
TMPM3HNFDDFG (QFP100,512KB) 650 yen
TMPM3HMFDFG (LQFP80,512KB) 500 yen
 
Nota 1: Pematuhan dengan standard IEC 60730 (IEC: International Electrotechnical Commission)

* ARM dan Cortex adalah merupakan tanda perniagaan berdaftar milik ARM Limited (atau anak syarikatnya) di Kesatuan Eropah dan/atau di tempat lain.
* TXZ adalah sebuah tanda perniagaan milik Toshiba Corporation.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu, sila layari:
- TMPM3HQFDFG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TMPM3HQFDFG&lang=en
- TMPM3HPFDFG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TMPM3HPFDFG&lang=en
- TMPM3HNFDFG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TMPM3HNFDFG&lang=en
- TMPM3HNFDDFG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TMPM3HNFDDFG&lang=en
- TMPM3HMFDFG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TMPM3HMFDFG&lang=en

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk rangkaian TXZ, sila layari:
Kumpulan pertama, “Kumpulan M3H (1)”:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/microcomputer/r-products/sp-1.html
Kumpulan kedua, “Kumpulan M4K”:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/microcomputer/r-products/mp-6.html


Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan IC Isyarat Bercampur & Pemasaran
Tel: +81-44-548-2241
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)  

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51539926&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170413005479/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

 
--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.