ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PENJELASAN PENGENAAN PENALTI 100% BAGI KEGAGALAN MELAPORKAN PENDAPATAN DAN MAKLUMAT YANG BETUL

Monday 17/04/2017



KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menarik perhatian pihak media dan orang ramai mengenai isu pengenaan penalti pada kadar 100% yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2018. 

Di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri diberi kuasa untuk mengenakan penalti bagi kesalahan tidak melaporkan pendapatan atau  melaporkan dengan salah pendapatan yang tertakluk kepada cukai. Cadangan peningkatan kadar penalti kepada 100%  jumlah  cukai yang sepatutnya dibayar atas pendapatan yang tidak dilapor atau kurang dilapor mulai 1 Januari 2018 ini merupakan satu langkah bagi mempertingkatkan tahap pematuhan secara sukarela di kalangan pembayar cukai dengan cara menangani kalangan pembayar cukai yang tegar gagal mematuhi perundangan percukaian.

Antara contoh kes yang dikenal pasti tertakluk kepada kadar ini ialah:

(a) Kesalahan berulang tidak melapor atau salah melapor pendapatan yang diterima melalui borang retan,

(b) Keengganan memberi kerjasama penuh semasa proses audit dan siasatan,

(c) Kegagalan memberikan maklumat atau dokumen yang diminta untuk membantu proses audit dan siasatan,

(d) Melaksanakan skim pelarian cukai secara terancang, atau

(e) Kegagalan mematuhi perundangan percukaian walaupun pernah  diaudit atau disiasat sebelumnya.
 
Sebagai persediaan, pembayar cukai amat digalakkan untuk tampil melaporkan pendapatan dan maklumat yang betul dalam masa yang ditetapkan.

Dikeluarkan oleh:
Datuk Sabin bin Samitah
Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) 
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

 
--BERNAMA 
 
 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.