ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  EKSPO IE CHINA 2017, LEBIH DARIPADA SEBUAH PAMERAN BAGI INDUSTRI ALAM SEKITAR

Tuesday 18/04/2017



- 100,000m2 kawasan pameran yang menampilkan 9 Dewan
- Lebih 1,500 pempamer dan lebih 48,000 pelawat profesional dijangka  hadir
- Lebih 200 mesyuarat dan simposium serentak yang menonjolkan lebih 200 penceramah daripada bidang perniagaan


SHANGHAI, 18 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekspo IE China 2017, pameran alam sekitar yang terbesar dan paling berpengaruh di Asia, akan dibuka pada 4 hingga 6 Mei, 2017 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai. Pameran edisi ke-18 itu akan diadakan di 9 buah dewan pameran yang memaparkan teknologi canggih dan penyelesaian yang paling berinovatif di dalam bidang termasuk air & rawatan kumbahan, pengurusan sisa, pemulihan tapak, kawalan pencemaran udara dan pembersihan udara, bersama-sama dengan pelbagai mesyuarat dan simposium yang diadakan serentak.

Pada ekspo IE China edisi 2017 itu, pengunjung akan dapat melihat pempamer tetap termasuk Veolia, SUEZ, Huber, KSB, VAG, Andritz, Heyl, E+H, Dow, EISENMANN, Durr, Heraeus, Zoomlion, BHS, ENSA, TITECH dan ALLU . Selain dari Itali, Jerman, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Switzerland, Kesatuan Eropah, Denmark dan Austria akan juga mendirikan astaka.

Ekspo IE China 2017 adalah lebih daripada sebuah pameran. Dengan mengadakan pelbagai mesyuarat dan simposium secara serentak, ia akan mewujudkan sebuah platform perniagaan dan perangkaian yang berkesan bagi kalangan profesional China dan antarabangsa dalam sektor alam sekitar.

Simposium Pertukaran dan Inovasi Pavilion ke-3 itu, sebagai satu aktiviti utama semasa acara itu, bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan teknologi air dan menghubungkan perusahaan berinovatif dengan pelabur. Antara syarikat dari New Sky dari Amerika Syarikat hingga kepada Reali Technologies dari rantau MENA (Timur Tengah Afrika Utara), penganjur Isle Utilities akan memilih 8 daripada mereka untuk membentangkan inovasi canggih mereka seperti Proses SulfurCycle-R dan membuat penilaian terhadap teknologi air terbaik yang sesuai dengan pasaran China. Sementara itu, semasa sesi Pemadanan Perniagaan Antarabangsa, perusahaan dari luar negara akan berkumpul, termasuk EU-SME Instrument - sebuah organisasi yang akan membawa 15 delegasi dari EU PKS dan wakil Kerajaan EU untuk bertemu dengan perusahaan dari China di EU-Pavilion.

Forum Sidang Kemuncak ekspo IE akan dinaik taraf kepada Persidangan Teknologi Alam Sekitar China 2017 dengan empat rakan baharu: ASEM Water Resources Research and Development Center, China Resource Recycling Association, German RETech Partnership dan Pejabat Kerjasama Ekonomi Luar Negeri. Isu-isu panas dan amalan terbaik akan dibincangkan dan dikongsi pada Persidangan itu dan 8 sektor kecil termasuk Sektor Antarabangsa, Sektor Air, Kawalan Pencemaran Air & Sektor Penulenan Air, Sector Sisa, Sektor Pemulihan Tapak, Sektor Pemantauan Alam Sekitar, Sektor Teknologi Inovatif.

Untuk kemasukan secara percuma dan maklumat lain, sila layari: http://ie-expo.com.

Hubungi
Messe Muenchen Zhongmao Co., Ltd.
Ketty ZHANG, +86-21-23521128 / 20205539
Faks: +86-21-23521088
ketty.zhang@mm-sh.com
 
Sumber: Messe Muenchen Zhongmao Co., Ltd.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170412005511/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.