ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  RAGINGWIRE DAN NTT COMMUNICATIONS ANJUR SAMBUTAN PEMBUKAAN BESAR-BESARAN DAN PEMOTONGAN REBEN BAGI PUSAT DATA DALLAS TX1

Wednesday 19/04/2017



500 pemimpin perniagaan dan pemimpin masyarakat bergembira dengan pelancaran kemudahan berteknologi tinggi yang besar bagi sistem pengkomputeran perumahan bagi perusahaan syarikat-syarikat awan


DALLAS, 19 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- RagingWire Data Centers, Inc., penyedia pusat data utama di Amerika Syarikat, dan syarikat induk mereka NTT Communications (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TYO: 9432), hari ini telah disertai oleh 500 pemimpin perniagaan dan pemimpin masyarakat untuk meraikan pembukaan Pusat Data Dallas TX1, sebuah kemudahan berkeluasan 230,000 kaki persegi yang direka untuk menempatkan sistem pengkomputeran bagi perusahaan besar dan syarikat-syarikat awan hiperskala.

Pusat Data TX1 itu direka untuk memenuhi keperluan bagi perusahaan global, pembekal awan dan keadaan yang unik di dalam metroplex Dallas-Fort Worth, satu daripada pasaran pusat data yang utama di Amerika Syarikat:
  • 16 megawatt (MW) kuasa untuk menyokong pengkomputeran berkepadatan tinggi secara besar-besaran
  • Konfigurasi suit peribadi yang fleksibel daripada 1 hingga 5 MW serta sangkar pelbagai rak
  • Sambungan terus kepada pembekal awan utama, termasuk Amazon Web Services, Microsoft Azure, dan Google Cloud Platform
  • Penyambungan gentian kepada hotel pembawa dan lebih daripada 120 pusat data kawasan dan hartanah yang bersambung
  • Pelbagai penyedia telekomunikasi di tapak
  • Keselamatan fizikal pelbagai faktor yang meluas, termasuk pagar perimeter, pengawasan video, kawalan akses, dan pegawai keselamatan di tapak 24 jam sehari, setiap hari
  • Sistem penyejukan tidak berair yang sangat berkesan yang memanfaatkan udara sejuk yang terdapat di luar dan tidak memberi tekanan kepada bekalan air tempatan
  • Ruang pejabat, bilik persidangan dan kemudahan percuma termasuk Wi-Fi, bilik kecergasan dan minuman
  • Direka dan dibina untuk menahan puting beliung EF3 yang berkelajuan 136 bsj
  • Sebahagian daripada platform pusat data global NTT Com, yang terdiri daripada lebih 140 kemudahan di 19 buah negara di bawah jenama NexcenterTM.
 
"Pusat Data Dallas TX1 milik RagingWire yang baharu sudah bersedia di Texas dan bertaraf dunia," kata Douglas Adams, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif RagingWire. "Kami menjangkakan bahawa TX1 akan menjadi sebuah hab pusat data kritikal untuk perusahaan besar dan syarikat-syarikat awan sebagai sebahagian daripada kerahan IT global mereka."

Pembukaan besar-besaran itu telah memaparkan pemotongan reben laser digital yang menyeronokkan dan penampilan oleh legenda sukan dan ikon perniagaan Roger Staubach, pembaca berita yang telah memenangi Anugerah Emmy Shelly Slater sebagai juruacara, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif RagingWire Douglas Adams, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif NTT Communications Tetsuya Shoji , Pengasas dan Pengerusi Eksekutif RagingWire George Macricostas, dan eksekutif-eksekutif di Kumpulan NTT dari seluruh dunia.

"Tahniah kepada RagingWire di atas pembukaan besar-besaran bagi Pusat Data Dallas TX1," kata Tetsuya Shoji, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif NTT Communications. "Dengan reka bentuk mereka yang dipatenkan, 100% tempoh beroperasi, dan operasi yang lebih tinggi, RagingWire telah menjadi penyelesaian pusat data NTT Com di Amerika Utara dan sebahagian daripada portfolio pusat data global kami di bawah jenama Nexcenter."

Pusat Data Dallas TX1, digabungkan dengan pusat-pusat data di Ashburn, Virginia dan Sacramento, California, mengembangkan kapasiti pusat data RagingWire kepada 1.5 juta kaki persegi dan 113 MW kuasa. Di Ashburn, bahagian pasaran pusat data yang utama di dunia, Pusat Data VA3 yang baharu itu yang sedang di dalam pembinaan akan menyertai pusat data VA1 dan VA2 untuk sejumlah tapak melebihi 500,000 kaki persegi ruang dan 44 MW kuasa. Di Sacramento, sebuah lokasi pusat data yang ideal di California Utara di luar zon gempa bumi di Kawasan Teluk dan Lembah Silikon, RagingWire mempunyai 680,000 kaki persegi ruang pusat data dan 53 MW kuasa dengan jumlah kos pemilikan (TCO) yang menambat perhatian yang didasarkan kepada kuasa berkos rendah yang disediakan oleh Daerah Utiliti Perbandaran Sacramento (SMUD).

NTT Com mengambilalih 80% kepentingan ekuiti di dalam RagingWire pada Januari 2014. RagingWire menyertai ahli keluarga NTT Com seperti Netmagic Solutions Pvt. Ltd di India, Gyron Internet Ltd. dan perkhidmatan kemudahan e-shelter GmbH di Eropah, dan satu portfolio pusat data yang meluas di Asia, serta kawasan lain, sebagai sebahagian daripada sebuah platform pusat data global yang berjumlah kira-kira empat juta kaki persegi. Pada  Februari 2017, NTT Com mengumumkan hasrat mereka untuk membeli baki saham RagingWire untuk memperoleh pemilikan 100% ke atas syarikat itu.

Maklumat mengenai RagingWire Data Centers

RagingWire Data Centers mereka bentuk, membina, dan mengendalikan pusat-pusat data misi kritikal yang menyampaikan ketersediaan 100%, ketumpatan tinggi kuasa, konfigurasi yang fleksibel, pembawa penyambungan neutral, dan perkhidmatan pelanggan yang unggul. Syarikat itu mempunyai 97 MW beban IT kritikal yang bertebaran di 1.5 juta kaki persegi infrastruktur pusat data di California Utara, Ashburn, Virginia, dan Dallas, Texas, dengan rancangan pertumbuhan yang signifikan di lokasi-lokasi ini dan pasaran pusat data yang lain di Amerika Utara. Sebagai sebahagian daripada kumpulan NTT Communications, RagingWire adalah satu daripada pembekal pusat data borong yang terbesar di dunia dengan mempunyai rangkaian global melebihi 140 pusat data yang dikendalikan oleh NTT Communications di bawah jenama Nexcenter™ dan satu daripada syarikat yang paling kukuh dari segi kewangan di dalam industri pusat data. Untuk maklumat lanjut sila layari www.ragingwire.com.

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51541475&lang=en


Hubungi
RagingWire Data Centers
James Leach, +1-703-840-7721
jleach@ragingwire.com
atau
NTT Communications
Hiroshi Seo, +81-3-6733-9511
wg-cl@ntt.com
 
Sumber: NTT Communications


Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:

http://www.businesswire.com/news/home/20170418005695/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.