ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  MERENTASI CHINA: BANDAR RAYA INDUSTRI MENETAPKAN CONTOH TINDAKAN DI DALAM MENGAWAL PENCEMARAN

Thursday 20/04/2017

AsiaNet 68224

LANZHOU, China, 20 April, 2017 /Xinhua-AsiaNet/ --

Ia adalah dengan rasa berat hati bagi Ma Xiaobing untuk menaikkan taraf gerai kebab beliau dengan melabur di dalam sebuah peranti kawalan asap, tetapi perniagaan beliau semakin laris sekarang.

"Pada masa lalu, kami memanggang empat kaki kambing setiap hari. Pada masa ini, kami memerlukan kira-kira 20 pada setiap hari," kata Ma dari Lanzhou, Wilayah Gansu. "Terdapat lebih ramai pelanggan dan kami lebih sibuk berbanding sebelum ini."

Lanzhou, sebuah bandar raya di lembah Sungai Kuning di barat laut di kawasan yang gersang di negara itu, pernah merupakan antara bandar raya yang paling tercemar di China. Pencemaran begitu buruk sehinggakan orang ramai bergurau bahawa bandar itu tidak kelihatan pada mana-mana imej satelit.

Langkah-langkah kawalan pencemaran yang tegas telah menurunkan kepadatan PM10 dan PM2.5 di bandar raya itu kepada kurang daripada 75 peratus bagi paras 2013. Tahun lepas, bilangan hari yang menampakkan awan biru meningkat sebanyak 50 untuk mencapai 243 hari.

Ibu kota wilayah itu telah menjadi "satu model berhubung peningkatan kualiti udara," menurut satu pasukan pemeriksaan pusat. Penggunaan tahunan arang batu di bandar raya itu telah dikurangkan daripada 10 juta tan pada tahun 2012 kepada kira-kira enam juta tan pada tahun lepas.

Satu perkara yang telah dilakukan oleh Lanzhou ialah untuk menghimpunkan pegawai-pegawai ke medan pertarungan. Yang Mingyan, seorang kerani pejabat di sebuah daerah kecil, adalah seorang daripada 10,000 penyelia pencemaran di bandar raya itu.

"Setiap pagi, saya memeriksa kawasan yang menjadi tanggungjawab saya untuk melihat siapa yang telah membakar apa, dan sama ada arang batu atau kayu yang lebih rendah daripada standard yang ditetapkan telah digunakan. Sekiranya saya mendapati ada masalah, saya akan meminta sesiapa yang bertanggungjawab supaya menghentikannya. Jika mereka tidak mendengar kata-kata saya, saya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi."

Semua bandar raya mempunyai dasar-dasar anti-pencemaran, tetapi di Lanzhou dasar-dasar ini dikuatkuasakan dengan lebih tegas.

"Beberapa bandar raya takut atau tidak dapat berurusan dengan syarikat-syarikat besar di dalam perlindungan alam sekitar kerana bimbang ia akan menjejaskan ekonomi mereka, tetapi Lanzhou tidak menghadapi masalah seperti itu," kata Xing Lifeng, Timbalan Pengarah bagi biro perlindungan alam sekitar Lanzhou.

Biro itu turut mendenda sebuah perusahaan petrokimia terkemuka milik negara dan telah meminta beberapa syarikat untuk memohon maaf kepada rakyat.
Beberapa orang pegawai telah dihukum kerana gagal untuk melaksanakan tugas mengawal pencemaran dengan jayanya manakala pegawai lain yang menunjukkan kesungguhan telah dinaikkan pangkat.

"Malahan, banyak daripada langkah-langkah kami tidak begitu inovatif, tetapi di Lanzhou pencemar adalah tertakluk kepada kuasa penuh undang-undang." kata Xing.

Beberapa daripada bandar raya yang sangat tercemar, seperti Shijiazhuang dan Zhengzhou, telah menghantar pegawai-pegawai ke Lanzhou untuk mengkaji pengalaman mereka secara langsung.

Banyak daripada kejayaan Lanzhou boleh dipindahkan dengan mudah ke tempat lain, kata Ma Jianmin dari Universiti Lanzhou.

Sebagai contoh, data pemantauan dalam talian adalah bagus dan baik, tetapi adalah menjadi amalan standard di Lanzhou bagi kakitangan untuk sebenarnya melawat pencemar besar dan melihat sendiri apa yang sedang berlaku, kata beliau.

Kerajaan menjangkakan bilangan hari kualiti udara yang baik akan mencakupi lebih daripada 80 peratus di semua bandar raya di peringkat wilayah dan di atas menjelang tahun 2020. Ia adalah satu sasaran yang tinggi, dan sesuatu yang belum lagi dicapai di Lanzhou.

"Lanzhou masih mempunyai perjalanan yang jauh sebelum memenuhi matlamat itu. Pencemaran dikurangkan di peringkat awal dengan berurusan dengan yang paling mudah untuk dikawal. Dengan itu kawalan pencemaran semakin sukar dan kerja kami menjadi lebih rumit dengan setiap kejayaan," kata Chen Yimin, seorang pegawai alam sekitar Lanzhou.
 
Sumber: Biro Perlindungan Alam Sekitar Lanzhou  
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.