ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  BOTSWANA DESTINASI PELABURAN PALING MENARIK DI AFRIKA

Friday 21/04/2017



  • Quantum Global Research Lab melancarkan Indeks Pelaburan Afrika
  • Maghribi, Mesir, Afrika Selatan dan Zambia adalah antara lima destinasi pelaburan utama
  • Lima destinasi pelaburan utama menarik FDI (Pelaburan Langsung Asing) bersih sebanyak $13.6bn
LONDON, April 21 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Botswana adalah ekonomi yang paling menarik bagi pelaburan mengalir ke dalam benua Afrika, menurut Indeks Pelaburan Afrika 2016 terkini (http://APO.af/sUtRNQ) oleh cabang penyelidikan bebas Quantum Global (www.QuantumGlobalGroup.com), iaitu Quantum Global Research Lab.
 
Kandungan multimedia boleh diakses di sini: http://APO.af/ZihCNl.
 
Menurut Indeks tersebut, Botswana, mendapat skor yang tinggi berdasarkan pelbagai faktor termasuk kedudukan kredit yang ditingkatkan, nisbah akaun semasa, liputan import dan kemudahan menjalankan perniagaan.
 
Mengulas mengenai Indeks tersebut, Prof Mthuli Ncube, Ketua Quantum Global Research Lab menyatakan: "Walaupun cabaran luaran yang agak hebat dan kejatuhan harga minyak, banyak negara Afrika menunjukkan peningkatan kesediaan untuk mencapai pertumbuhan mampan dengan mempelbagaikan ekonomi mereka dan memperkenalkan dasar yang sesuai untuk menarik pelaburan masuk. Botswana adalah contohnya - lokasinya yang strategik, tenaga kerja mahir dan persekitaran politik yang stabil telah menarik perhatian pelabur antarabangsa yang membawa kepada kemasukan besar FDI (Pelaburan Langsung Asing)".
 
Menurut laporan itu, lima destinasi pelaburan utama Afrika tersebut telah menarik FDI (Pelaburan Langsung Asing) keseluruhan sebanyak $13.6bn. Maghribi mendapat tempat kedua dalam Indeks berdasarkan peningkatan pertumbuhan kukuh ekonomi, kedudukan geografi yang strategik, peningkatan pelaburan langsung asing, nisbah liputan import, dan keseluruhan persekitaran perniagaannya yang menggalakkan. Mesir menduduki tempat ketiga disebabkan oleh peningkatan pelaburan langsung asing dan kadar faedah sebenar serta penduduk bandar yang semakin meningkat. Negara keempat dalam senarai itu, iaitu Afrika Selatan yang mendapat tempat yang baik pada faktor pertumbuhan KDNK, kemudahan menjalankan perniagaan dalam negara dan populasi yang besar. Manakala Zambia adalah negara kelima dalam senarai itu disebabkan oleh pelaburan domestik dan bekalan wang akses yang besar.
 
Jadual: 10 negara teratas dan 10 negara terbawah (lihat bahagian kandungan multimedia: http://APO.af/1LpDdA).
 
Mthuli seterusnya mengulas: "Dengan populasi lebih daripada satu bilion penduduk dan kelas menengah yang berkembang pesat, Afrika jelas menawarkan peluang yang besar untuk melabur dalam sektor bukan komoditi di benua itu, antara lainnya seperti perkhidmatan kewangan, pembinaan dan pembuatan. Walau bagaimanapun, pembaharuan struktur dan penglibatan sektor swasta yang lebih besar adalah penting untuk membuka potensi sebenar Afrika."
 
Diedarkan oleh APO bagi pihak Quantum Global Group.
 
Kepada editor:
Pembinaan Indeks:
AII (Indeks Pelaburan Afrika) dibina daripada penunjuk makroekonomi dan kewangan dan Penujuk Kemudahan Menjalankan Perniagaan Kumpulan Bank Dunia (DBI). DBI meletakkan kedudukan negara dari segi persekitaran peraturan yang sesuai untuk operasi perniagaan. AII memberi tumpuan kepada 6 prinsip atau faktor daripada penunjuk pelaburan yang lebih luas, termasuk saham pelaburan domestik dalam KDNK, saham jumlah aliran masuk bersih FDI Afrika, ramalan kadar pertumbuhan KDNK, faktor pertumbuhan KDNK populasi menokok, kadar faedah sebenar, perbezaan pertumbuhan wang yang luas kepada kadar pertumbuhan KDNK, perbezaan inflasi, kedudukan kredit, liputan import, saham hutang luar negara kepada PNK, nisbah akaun semasa, kemudahan menjalankan perniagaan dan saiz populasi negara itu (Rajah 1). Petunjuk AII (Indeks Pelaburan Afrika) adalah berdasarkan kepada data sekunder yang dikumpul daripada Penunjuk Pembangunan Bank Dunia, Pandangan Ekonomi Dunia IMF, Pusat Data UNCTAD dan anggaran sendiri.
 
AII (Indeks Pelaburan Afrika) adalah gabungan kedudukan penunjuk individu ke dalam kedudukan berangka tunggal. Ia mempuratakan kedudukan penunjuk makroekonomi dan kewangan negara di enam faktor yang berbeza. Setiap petunjuk, dan begitu juga faktor, menerima berat yang sama. Skor kedudukan mereka kemudiannya dipuratakan untuk menghasilkan skor purata jumlah yang seterusnya menentukan kedudukan daripada 1 hingga 54. Semakin rendah nilai kedudukan, semakin baik iklim pelaburan perniagaan yang tersirat.
 
Untuk menghasilkan skor indeks yang menunjukkan aspek perubahan jangka sederhana, kedudukan setiap negara diskalakan relatif kepada penanda aras atau nilai rujukan (iaitu, kedudukan purata berturutan untuk 3 tahun lepas). Lihat Jadual 1A. Sebagai tambahan kepada ukuran yang dicadangkan, pendekatan ini membolehkan kita untuk mengelakkan tempoh perubahan struktur (yang boleh menjejaskan indeks) yang mungkin wujud dalam jangka masa yang lebih lama, sama ada kita mengambil kira perubahan daripada nilai purata rujukan atau tempoh rujukan sejarah.
 
Mengenai Quantum Global:
Quantum Global (www.QuantumGlobalGroup.com) adalah kumpulan syarikat antarabangsa yang aktif dalam bidang pelaburan ekuiti swasta, pengurusan pelaburan dan penyelidikan ekonomi makro dan pemodelan ekonometrik. Cabang ekuiti persendirian Quantum Global menguruskan keluarga dana yang menyasarkan pelaburan langsung di Afrika dalam sektor Pertanian, Penjagaan Kesihatan, Perhotelan, Infrastruktur, Perlombongan dan Pembalakan serta sebagai dana Ekuiti Berstruktur agnostik bagi sektor. Pasukan kami menggabungkan rekod prestasi yang kukuh dan kepakaran yang terbukti untuk mengenal pasti dan melaksanakan peluang pelaburan yang unik dengan penumpuan kepada Afrika.
 
Pertanyaan:
Linda Martin
+ 41 41 560 2900
media@QuantumGlobalGroup.com
 
Sumber : Quantum Global Group
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.