ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  GTA AKAN SERTAI KUMPULAN HOTELBEDS¹

Friday 21/04/2017



  • Kumpulan Hotelbeds dan GTA2 bergabung tenaga untuk memacukan kecemerlangan pengedaran di ruang runcit dan pemborong pelancongan B2B.
  • Urus janji membawa bersama syarikat-syarikat yang mempunyai operasi pelengkap dan jejak geografi.3
  • Kehadiran signifikan GTA di dalam pasaran Asia Pasifik dan Timur Tengah yang pesat berkembang menjajar rapat dengan strategi pertumbuhan Kumpulan Hotelbeds.
 
PALMA, Sepanyol, 21 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan Hotelbeds, sebuah pembekal perkhidmatan bank katil dan perniagaan ke perniagaan bertaraf global kepada industri pelancongan, hari ini mengumumkan perancangan bagi GTA untuk menyertai unit perniagaan bank katil mereka.
 
Siaran Berita Pintar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20170421005192/en/
 
Joan Vilà, Pengerusi Eksekutif bagi Kumpulan Hotelbeds berkata: "Saya amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa GTA akan menyertai Kumpulan Hotelbeds."

"Perjanjian ini membawa satu lagi bank katil yang utama kepada rangkaian Kumpulan Hotelbeds, berikutan pengumuman pada Februari bahawa Tourico Holidays akan juga bergabung dengan kami. Kedua-dua urus janji yang penting ini jelas menggariskan komitmen kuat kami untuk mempercepat pertumbuhan perniagaan kami, baik secara organik mahupun melalui aktiviti Percantuman dan Pemerolehan (M&A).4"

"GTA adalah sebuah pengedar pelancongan B2B yang sangat berjaya dengan rekod perkhidmatan yang terbukti di dalam menyediakan hotel, pemindahan, dan aktiviti kepada perdagangan pelancongan di dunia termasuk perantara, agensi pelancongan dalam talian dan peruncit agensi pelancongan. Seperti Kumpulan Hotelbeds, ia secara langsung mengadakan sebuah kontrak bagi portfolio hotel global dan produk sampingan pelancongan yang menonjol yang ia mempunyai hubungan dan mengedarkan melalui integrasi API atau platform tempahan dalam talian."

"Jejak global GTA dan khususnya kehadirannya yang berkembang maju di dalam pasaran Asia Pasifik dan Timur Tengah yang pesat membangun adalah sejajar rapat dengan strategi pertumbuhan Kumpulan Hotelbeds. Kami sangat mengalu-alukan mereka ke dalam Kumpulan kami."

Ivan Walter, Ketua Pegawai Eksekutif bagi GTA berkata: "Kami amat teruja dengan peluang yang dibawa dengan menggabungkan tenaga bersama Kumpulan Hotelbeds. Sejarah dan rekod prestasi kami yang terbukti adalah bukti nyata, dan dengan bergabung bersama-sama dengan Kumpulan Hotelbeds kami boleh membawa bersama-sama pelbagai pengalaman, komitmen dan satu tumpuan strategik yang jelas kepada sektor B2B. Kami percaya bahawa berita hari ini adalah satu kejayaan bagi industri itu, dan berita baik buat pembekal dan pelanggan kami."

Maklumat mengenai Kumpulan Hotelbeds:
 
Kumpulan Hotelbeds adalah merupakan pembekal bank katil nombor satu di dunia dan sebagai pembekal perniagaan ke perniagaan bagi perkhidmatan kepada industri pelancongan global.

Beroperasi terutamanya di bawah jenama Hotelbeds dan Bedsonline, syarikat itu menghubungkan 35,000 perantara pelancongan merentasi lebih 120 pasaran sumber di seluruh dunia dengan pembekal pelancongan di lebih 180 buah negara yang mewakili lebih 120,000 buah hotel, 20,000 laluan pemindahan dan 12,000 aktiviti.

Pada September 2016 syarikat itu menjadi bebas di bawah pemilikan Cinven dan Lembaga Pelaburan Pelan Pencen Kanada (CPPIB). Syarikat itu beribu pejabat di Palma, Sepanyol dan mempunyai 6,150 orang pekerja yang bekerja di 150 pejabat di seluruh dunia. Dalam tahun kalendar kewangan 2014/15 Kumpulan Hotelbeds telah menjual kira-kira 26 juta malam bilik dan mencapai Jumlah Nilai Urus Niaga (TTV) sebanyak €3.8 bilion.

www.hotelbedsgroup.com
 
Maklumat mengenai GTA:
 
Menjanakan pelancongan global, GTA menyediakan akses mudah kepada satu portfolio pilihan penginapan, pemindahan, dan lawatan & aktiviti yang luas kepada industri pelancongan yang bekerjasama dengan beberapa pengusaha pelancongan, ejen pelancongan dan ejen pelancongan tradisional yang terbesar dan terbaik. GTA telah berjaya di dalam industri pelancongan perniagaan ke perniagaan selama hampir empat dekad. Dipercayai untuk menyampaikan perkhidmatan disebabkan oleh pengalamannya yang mendalam, hubungan istimewa dan kepakaran di darat, pendekatan GTA yang dipacu oleh teknologi menyediakan penyelesaian untuk dengan mudah berhubung dengan pembekal pelancongan dan penjual pelancongan di seluruh dunia. Laman tempahan runcit – TravelBound di Amerika Utara dan TravelCube di Eropah, Amerika Latin dan Australasia – serta GTA web dan API untuk pemborong, bersama-sama memproses hampir 40,000 tempahan setiap hari, di seluruh dunia. Visi GTA adalah untuk menjadi rakan pengedaran pelancongan yang paling mudah di dunia untuk menjalankan perniagaan, sekali gus membuatkannya lebih mudah bagi pelanggan mereka untuk menjual lebih banyak dan memacukan kejayaan perniagaan.

www.gta-travel.com
 
1 Urus janji itu adalah tertakluk kepada kelulusan Kawal Selia yang lazim dan antitrust.
 
2 GTA Travel adalah nama dagangan bagi semua aktiviti perniagaan Pengedaran Pelancongan Global bagi Kumpulan Kuoni. Urus janji ini termasuk GTA Travel Holding Ltd, Kuoni Holdings Plc, dan secara tidak langsung semua jenama mereka termasuk TravelCube dan TravelBound – dengan pengecualian bagi MTS Globe, yang akan dibeli balik oleh pemilik mereka sebelum ini.
 
3 Urus janji ini distrukturkan secara sah melalui pengambilalihan 100% daripada syarikat pemegangan bagi Kumpulan GTA oleh Kumpulan Hotelbeds, melalui entiti pegangan mereka di United Kingdom. Pemegang saham Kuoni yang diketuai oleh EQT VII (sebuah tabung yang mendapat nasihat daripada EQT Partners), pemilik GTA, akan memegang satu kedudukan minoriti yang signifikan di dalam perniagaan gabungan itu selepas urus niaga berkenaan. Tidak ada perubahan kepada Lembaga Pengarah bagi Kumpulan Hotelbeds.
 
4 Kedua-dua urus janji GTA dan Tourico Holidays adalah merupakan proses kawal selia bebas dan berasingan tertakluk kepada garis masa mereka sendiri. Sehingga setiap urus janji dimeterai kedua-dua Tourico Holidays dan GTA kekal sebagai syarikat bebas sepenuhnya.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20170421005192/en/
 
Hubungi
Kumpulan Hotelbeds
Roman Townsend, +34-619-988-580
Ketua bagi Perhubungan Media & Hal Ehwal Korporat di Kumpulan Hotelbeds rtownsend@hotelbeds.com

Sumber: Kumpulan Hotelbeds
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.