PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

September 23, 2014 -Tuesday

 
 
  MAJLIS CABUTAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM (SSP) UNTUK BULAN OGOS 2011

Thursday 25/08/2011

Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan segala hormatnya menjemput para pemberita dan jurugambar untuk hadir di Dataran Pahlawan, Melaka Megamall, Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir, Melaka bersamaan hari Sabtu, 27 Ogos 2011 pada jam 3 petang untuk membuat liputan di Majlis Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) bulan Ogos 2011.

Pada tahun 2011 sebanyak lebih 3,000 hadiah akan ditawarkan setiap bulan yang terdiri daripada kereta mewah, pakej Umrah/Pelancongan, barang kemas, telefon bimbit, gajet elektronik dan lain-lain hadiah yang menarik. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik juga disediakan oleh BSN untuk orang ramai yang hadir.

Cabutan bulanan SSP dijalankan secara langsung, telus dan profesional sambil disaksikan orang ramai. Keputusan akhir diperolehi melalui cabutan sistem berkomputer dan akan disahkan oleh kakitangan Badan Kerajaan yang berkecuali daripada Unit Aktuari Negara, Perbendaharaan Negara dan Audit Negara.

Butir-butir lanjut berkenaan majlis cabutan adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 27 Ogos 2011

Masa : 3 “ 6 petang

Tempat : Dataran Pahlawan, Melaka Megamall, Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir, Melaka

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Bank Simpanan Nasional (BSN)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA:Kamarul Azhan
TEL :03-21623222 sambungan 6009
EMEL:kamarulazhan@bsn.com.my

TARIKH SIARAN: 25 OGOS 2011
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA (MREM)



 
 
 

Copyright © 2014 MREM . All rights reserved.