MAJLIS SIDANG MEDIA ANUGERAH FRANCAIS MALAYSIA 2024 (AFM2024)

Selasa 05/03/2024

Persatuan Francais Malaysia (MFA) akan menganjurkan program Anugerah Francais Malaysia 2024 kali ke-26. Anugerah ini dianjurkan bagi memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat francais yang telah memberi sumbangan kepada industri francais Malaysia.

Bersempena dengan itu, satu Majlis Sidang media akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 7 Mac 2024

Masa: 9.30 Pagi

Tempat: Gloria Jean's Coffees, Menara PERNAS, Bangsar, Kuala Lumpur

Tetamu Kehormat: Yang Berbahagia Datuk Dr. Radzali Hassan, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA)



Program

9.30 pagi: Pendaftaran Media

: Taklimat Pencalonan Anugerah Francais Malaysia 2024 oleh
YBrs. Profesor Madya Dr. Mohd Hizam Hanafiah
Pengarah Anugerah Francais Malaysia

10.30 Pagi: Sidang Media

11.00 Pagi: Sesi Perkongsian Bersama Ahli

12.30 Tengah hari: Makan Tengah Hari

Sehubungan itu, pihak MFA dengan segala hormatnya menjemput rakan-rakan media wartawan/jurugambar/jurukamera, untuk bersama hadir dan membuat liputan pada majlis tersebut.

SUMBER: Persatuan Francais Malaysia (MFA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN RSVP, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Nurul Ain
Tel: 011-2924 0213
E-mel: ain.mohamad@mfa.org.my

-BERNAMA


+