PROGRAM UDA CARES – EDUCATIONAL; MAJLIS PENYERAHAN SMART TV SK RAJA DIHILIR EKRAM

Isnin 17/02/2025

Terima kasih atas sokongan berterusan rakan-rakan media kepada UDA Holdings Berhad (UDA).

UDA menerusi Program UDA CARES – Educational; Majlis Penyerahan Smart TV bakal melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbang sebanyak 13 buah televisyen pintar (Smart TV) kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Dihilir Ekram di Ipoh, Perak.

Sehubungan itu, pihak UDA berbesar hati menjemput Tuan/Puan ke acara yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut: 
 
Hari/ Tarikh : Khamis 20 Februari 2025 

Masa : 9.30 Pagi (Pendaftaran Media)

Tempat: Dewan SK Raja Dihilir Ekram
 
Besarlah harapan kami sekiranya rakan-rakan media dapat menghadiri dan membuat liputan media seterusnya menyerikan lagi majlis ini.

Bersama-sama ini disertakan kad  e-jemputan serta atur cara program untuk rujukan dan tindakan pihak rakan-rakan media.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: UDA Holdings Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Nisa Kamaruzaman
Tel: +60 13 597 4264
E-mel:
 n.hanisah@udanet.com

Nama: Ahmad Fadhlullah Adnan
Tel:+6019 493 2154

E-mel: ahmad.fadhlullah@udanet.com 

-BERNAMA
+