JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN PAMERAN FRANCAIS ANTARABANGSA MALAYSIA (FIM) DAN KONVENSYEN FRANCAIS ASEAN (AFC) 2025

Jumaat 21/02/2025

Persatuan Francais Malaysia akan menganjurkan Pameran Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) dan Konvensyen Francais ASEAN (AFC) 2025. Program ini memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu kemampanan francais, digitalisasi dan keuntungan. Kedua-dua program terunggul ini bakal berlangsung pada 7 - 8 Mei untuk Konvensyen dan 8 - 10 Mei untuk pameran bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Hari/Tarikh: Khamis 27 Februari 2025    

Masa: 9.30 Pagi – 11.00 Pagi

Tempat: Bilik Smart Connect 301, Level 3, KL Convention Centre (KLCC)


Program
 
9.30 Pagi : Pendaftaran Media
 
10.00 Pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat

: Nyanyian Lagu Negaraku

: Ucapan Alu-Aluan oleh Pengerusi MFA YBhg. Datuk Dr. Radzali Hassan

: Ucapan Pelancaran oleh Tetamu Kehormat

: Gimik Pelancaran program Pameran Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) dan Konvensyen Francais ASEAN (AFC) 2025

: Penyerahan Replika Cek oleh Rakan Strategik

: Majlis Sidang Media
 
11.00 Pagi : Jamuan Ringan & Bersurai 

Dilampirkan bersama ini aturcara majlis untuk rujukan rakan-rakan media.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Malaysia Franchise Association (MFA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & RSVP SILA HUBUNGI:

Nama: Cik Nurul Ain 
Tel: 011-2924 0213
E-mel: 
ain.mohamad@mfa.org.my

--BERNAMA
+