Tuan/Puan Pengarang,
Terima kasih atas sokongan berterusan rakan-rakan media kepada UDA Holdings Berhad (UDA).
UDA terus melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan meraikan hampir 100 anak yatim dan asnaf menerusi Program UDA Cares; Majlis Sinar Ramadan UDA 2025. Usaha murni ini merangkumi bantuan persiapan Aidilfitri serta penganjuran majlis berbuka puasa.
Sehubungan itu, pihak UDA berbesar hati menjemput rakan-rakan media ke acara yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut: -
Hari/Tarikh: Khamis 13 Mac 2025
Masa: 2.00 Petang (Pendaftaran Media)
Lokasi: Angsana Johor Bahru Mall, (Angsana JB Mall)
Besarlah harapan kami sekiranya pihak rakan-rakan media dapat menghadiri dan membuat liputan media seterusnya menyerikan lagi majlis ini.
Bersama-sama ini disertakan kad
e-jemputan serta atur cara program untuk rujukan dan tindakan pihak rakan-rakan media.
Segala sokongan dan perhatian amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
SUMBER : UDA Holdings Berhad (UDA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:Nama: Nisa Kamaruzaman
Tel: +60 13 597 4264
E-mel: n.hanisah@udanet.com
Nama: Ahmad Fadhlullah Adnan
Tel: +6019 493 2154
E-mel: ahmad.fadhlullah@udanet.com
-BERNAMA