RERUAI JUALAN DAN PAMERAN SEMASA SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-46, SIDANG KEMUNCAK ASEAN-GCC KE-2 DAN SIDANG KEMUNCAK ASEAN-GCC-CHINA PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR (KLCC) 23-27 MEI 2025

Khamis 22/05/2025

Bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-CHINA akan berlangsung Reruai Jualan dan Pameran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 23 Mei hingga 27 Mei 2025.

Sebanyak 36 rerurai yang melibatkan 25 pempamer dengan tema ‘The Heritech Malaysia’ - Gabungan Unsur Warisan dan Teknologi, melibatkan produk seperti kraftangan tempatan, makanan dan minuman keluaran tempatan, perkhidmatan kerajaan, dan produk-produk syarikat tempatan.

Reruai dan pameran boleh dikunjungi oleh orang awam bermula dari hari Jumaat, 23 Mei 2025 sehingga Ahad, 25 Mei 2025 dari jam 9 pagi hingga 5 petang di Hall 2, Aras G, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pada Isnin, 26 Mei 2025 sehingga Rabu, 27 Mei 2025 ianya terbuka hanya kepada delegasi ASEAN.  

Para pengamal media dijemput untuk membuat liputan dan lawatan ke reruai dan pameran mengikut Sesi Bersama Media yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:


Media Tempatan

Hari/Tarikh:  Jumaat 23 Mei 2025

Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang

Tempat :
Hall 2, Aras G, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)


Media Antarabangsa


Hari/Tarikh: Ahad 25 Mei 2025

Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang

Tempat : Hall 2, Aras G, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)


Program
Table
Table
* Sebarang perubahan program adalah tertakluk kepada pindaan terkini oleh pihak penganjur

Table 

Disediakan oleh :
Jawatankuasa Kecil Logistik (JKKL) Sesi Pemukiman dan Acara Sampingan
Sekretariat Induk Logistik ASEAN (SILA 2025)

Kementerian Luar Negeri
17 Mei 2025


SUMBER: JKKL Media dan Publisiti

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama:
Nurbaiti Bakthir
Tel: +60 17-626 8287

Nama:
Zul Izwan
Tel: +60 19-279 2222

--BERNAMA
+