MAJLIS PERASMIAN PROMOSI JUALAN MEIRIAH TAWARAN HEBAT UDA HEIGHTS

Khamis 22/05/2025

Terima kasih atas sokongan berterusan rakan-rakan media kepada UDA Holdings Berhad (UDA).

UDA menerusi cabang perniagaan hartanah bakal menganjurkan Promosi Jualan Meiriah Tawaran Hebat UDA Heights selama dua hari bermula 24 Mei 2025. Pada masa yang sama, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares bakal dijalankan selari dengan fokus UDA memberi nilai tambah kepada komuniti setempat selain menggalakkan pemilikan hartanah.

Sehubungan itu, pihak UDA berbesar hati menjemput rakan-rakan media ke Majlis Perasmian – Promosi Jualan Meiriah Tawaran Hebat UDA Heights yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut: -

Hari/Tarikh: Sabtu 24 Mei 2025 

Masa: 10.30 Pagi (Pendaftaran Media)

Lokasi: UDA Heights, Jalan UDA Utama 2/1,
Bandar UDA Utama, Johor Bahru


Bersama-sama ini disertakan  e-jemputan serta atur cara program  untuk rujukan dan tindakan pihak rakan-rakan media.

Besarlah harapan kami sekiranya rakan-rakan media dapat menghadiri dan membuat liputan media seterusnya menyerikan lagi majlis ini.

Segala sokongan dan perhatian amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

SUMBER : UDA Holdings Berhad (UDA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Nisa Kamaruzaman 
Tel: +60 13 597 4264
E-mel: n.hanisah@udanet.com

--BERNAMA



 

+