JEMPUTAN MEDIA - PESTA PANTUN HAWANA-DBP 2025

Khamis 29/05/2025

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dengan rakan strategik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Pesta Pantun HAWANA-DBP 2025 untuk pertama kalinya sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.

Objektif utama program ini adalah sebagai usaha untuk mengangkat pantun sebagai warisan bangsa yang wajar dipelihara dan dimartabatkan. Sebanyak lapan pasukan media telah mengesahkan penyertaan.

Sehubungan dengan itu, pihak BERNAMA sebagai agensi pelaksana sambutan HAWANA 2025 dengan sukacitanya ingin menjemput rakan media untuk bersama-sama memeriahkan acara ini dan turut membuat liputan sepanjang ia berlangsung seperti butiran berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 31 Mei 2025 

Masa : 8.30 pagi – 3.30 petang

Tempat : Dewan BERNAMA, Aras 10
Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur


Dilampirkan ​atur cara majlis untuk rujukan lanjut.  

Perhatian dan kerjasama tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih. 

Jawatankuasa Jemputan Media, Publisiti & Promosi
Pesta Pantun HAWANA-DBP 2025

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan pesta tersebut.

SUMBER: Jawatankuasa Jemputan Media, Publisiti & Promosi
Pesta Pantun HAWANA-DBP 2025

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Puan Siti Norsyazwan Mohd Sufiee 
Tel: 014- 660 3976

Nama: Puan Nurin Nabilah Jasni
Tel: 011-2358 1762
 
--BERNAMA
+