LIPUTAN MEDIA PELANCARAN KARNIVAL HAWANA 2025

Jumaat 13/06/2025

Bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025, YBrs. Encik Mano Verabathran, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi), Kementerian Komunikasi akan merasmikan Karnival Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.
 
Hari/Tarikh  : Jumaat 13 Jun 2025 

Masa            : 2.30 petang

Tempat        : Concourse Level, Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur

ATUR CARA

2.30 petang             -         Ketibaan Tetamu Jemputan

3.00 petang             -         Ketibaan YBrs. Encik Mano Verabathran

Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi), Kementerian Komunikasi

-  Nyanyian Lagu Negaraku
-  Bacaan Doa
-  Ucapan oleh YBrs. Encik Mano Verabathran

Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi), Kementerian Komunikasi

-  Gimik Pelancaran
-  Penyampaian Cenderamata
-  Lawatan ke reruai Karnival HAWANA
- Jamuan makan
 
4.00 petang             -         Majlis Bersurai 

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Karnival Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 tersebut. 

SUMBER: Sekretariat Karnival HAWANA 2025 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Puan Siti Amirah Mohd Nor
Urus Setia Karnival HAWANA 2025
Tel: 016-6071907

--BERNAMA 
+