Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Apresiasi Ejen Kutipan Zakat PPZ-MAIWP sebagai tanda penghargaan kepada ejen-ejen kutipan zakat yang dilantik.
Sebanyak 16 ejen kutipan zakat akan menerima anugerah di atas pencapaian kutipan zakat pada tahun 2024.
Majlis akan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir, YBrs. Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP dan YBhg. Dato’ Sri Amrin Awaluddin, Pengerusi PPZ-MAIWP.
Tarikh : Selasa 17 Jun 2025 | 20 Zulhijah 1446H
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat : Ballroom Batu Road, Aras 3, Hotel IDEAS Kuala Lumpur
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Fatin Aqilah
Tel: 017 393 5432
--BERNAMA