Dengan hormatnya dimaklumkan, Forum HAWANA 2025 anjuran bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Malaysian Press Institute (MPI) akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 14 Jun 2025, Sabtu
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Aras 2, Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur
Kod pakaian: Batik Malaysia
Forum ini dianjurkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025. di mana Dua topik utama akan dibincangkan iaitu mengenai penubuhan Majlis Media Malaysia serta cabaran dan peluang berkaitan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam industri media tempatan.
Antara panelis yang akan menyertai forum ini termasuk:
- Encik Premesh Chandran, Pengerusi, Jawatankuasa Pro-Tem, Majlis Media Malaysia
- Encik Wathshlah G. Naidu, Pengarah Eksekutif, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia
- Encik Philip Golingai, Pengarang Berita Kanan, Kumpulan Media Star
- Encik Zahrul Alam Yahya Shahir, Ketua, Unit Bahasa Malaysia & Video, FMT Sdn Bhd
- Encik Nazri Kahar, Pengarang Kanan, Astro AWANI
- Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican, Profesor, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC-IIUM).
Atur cara
8.30 pagi Pendaftaran Peserta & Minum Pagi
8.50 pagi Ketibaan Tetamu Jemputan
9.00 pagi Ucapan Aluan
Datuk Yong Soo Heong
Presiden, Malaysian Press Institute (MPI)
9.10 pagi Sesi Forum:
Majlis Media Malaysia: Pengawal atau Pelindung Media?
Ahli Panel:
Encik Premesh Chandran
Pengerusi, Jawatankuasa Pro-tem, Majlis Media Malaysia
Puan Wathshlah G. Naidu
Pengarah Eksekutif, Centre for Independent Journalism (CIJ) Malaysia
Encik Philip Golingai
Pengarang Kanan Berita, Kumpulan Media Star
Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican
Profesor, International Institute of Islamic Thought & Civilisation-IIUM
Moderator:
Puan Jessy Chahal
Pengacara TV & Wartawan Penyiaran, BERNAMA TV
10.20 pagi Soal-Jawab Forum
10.30 pagi Sesi Perkongsian Teknologi:
AI & Media: Alat, Ancaman atau Peluang?
Penceramah:
Encik Zahrul Alam Yahya Shahir
Ketua, Unit Bahasa Malaysia & Video, FMT Sdn Bhd
Encik Nazri Kahar
Pengarang Kanan, Astro AWANI
Moderator:
Puan Jessy Chahal
Pengacara TV & Wartawan Penyiaran, BERNAMA TV
11.00 pagi Sesi Foto
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/ jurukamera bagi membuat liputan Forum HAWANA 2025.
Sumber: Sekretariat HAWANA 2025
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Zaria Mohd Nasri
Tel: +6019-255 0841
Nama: Dr Shima Sulaiman MPI
Tel: +60 19-268 6903
--BERNAMA