Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Ziarah Kasih PPZ-MAIWP : Sumbangan Pengangkutan Untuk Pesakit Dialisis.
Majlis akan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Dato’ Professor Dr. Noor Inayah Ya’akub, Naib Canselor & Ketua Pegawai Eksekutif UCMI, dan Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad.
Hari/Tarikh : Khamis 19 Jun 2025
Masa : 2.15 pm - 4.30 pm
Tempat : Dewan Jabir Ibnu Hayyan, Aras 4, University College MAIWP International (UCMI) City Campus, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Fatin Aqilah
Tel: 017 393 5432
--BERNAMA