Isnin 23/06/2025
Dengan sukacitanya, kami ingin menjemput rakan-rakan media untuk membuat liputan Majlis Peluncuran Inisiatif Belanjawan 2025 Kendalian SME Bank yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 26 Jun 2025
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre, Kuala Lumpur
Tetamu Kehormat:
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan Menteri Kewangan II
YB Datuk Ewon Benedick Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (“KUSKOP”)
Kod Pakaian: Korporat / Formal / Batik
Majlis ini menandakan pelaksanaan langsung komitmen Belanjawan 2025 kepada golongan sasaran, khususnya usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (“PMKS”). SME Bank telah diberikan mandat untuk melaksanakan pelbagai inisiatif strategik yang memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan Bumiputera, kelestarian perniagaan serta peningkatan kapasiti dan daya saing. Peluncuran ini akan memperkenalkan secara rasmi inisiatif-inisiatif strategik tersebut, yang dijangka menjadi antara pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi negara yang inklusif dan berdaya tahan.
ATUR CARA
8.30 pg • Pendaftaran & Ketibaan Media
8.45 pg • Ketibaan YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (“KUSKOP”)
8.55 pg • Ketibaan YB Menteri KYB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II
9.00 pg
• Pembukaan oleh Pengacara Majlis
• Nyanyian lagu “Negaraku” dan Bacaan Ikrar
• Bacaan Doa
• Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Muslim Hussain, Pengerusi SME Bank
• Ucapan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (“KUSKOP”)
• Ucapan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II
• Gimik dan Montaj Peluncuran
• Sidang Media
10.00 pg • Jamuan Ringan / Lawatan ke Reruai
11.00 pg • Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: SME Bank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Izzat Ratna
Tel: 012 642 1889
Emel: izzatzulhilmi@smebank.com.my
--BERNAMA