Majlis Zakat Korporat 2025

Jumaat 04/07/2025

Dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Zakat Korporat 2025. 

Pada majlis tersebut, sebanyak 23 buah syarikat dan organisasi di Wilayah Persekutuan akan membuat penyerahan zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP.

Majlis akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar. Turut hadir Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),  Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato' Sri Amrin Awaluddin, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya serta Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman. 

Hari/Tarikh: Selasa 8 Julai 2025 / 12 Muharam 1447H 

Masa: 2.30 petang - 4.30 petang 

Tempat : Dewan Tun Dr Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTCKL)

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER:  Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Cik Nor Athirah Mohd Hanapiah
Tel: 013-4562603

Nama: Puan Fatin Aqilah Zulkefli
Tel: 017-3935432.

--BERNAMA

 

+