Dengan segala hormatnya, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) ingin menjemput wakil media ke
Majlis Pelancaran Kempen Jom Potong 2025, sebuah inisiatif istimewa yang bertujuan menggalakkan umat Islam menunaikan zakat secara konsisten melalui potongan gaji secara bulanan.
Kempen ini turut diperkukuh dengan penglibatan Gloria Jean’s Coffees sebagai rakan strategik, membawa pendekatan lebih santai dan dekat dengan masyarakat bandar khususnya golongan muda.
Majlis akan disempurnakan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato’ Sri Amrin Awaluddin dan Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Datuk Mohamed Rozhan Mohd Ghazali. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS, Datuk Nor Azam M. Taib serta Ketua Pegawai Eksekutif Gloria Jean’s Coffees, Zafrul Azman Mohamed Azraai.
Buitran majlis adalah seperti berikut :
Hari/Tarikh : Rabu 23 Julai 2025Masa : 2.45 petang - 4.30 petang Tempat : Gloria Jean’s Coffees Galeria PNS, Menara PNS, Bangsar South City, Kuala Lumpur Antara pengisian menarik ialah :
· Pelancaran rasmi Kempen Jom Potong
· Coffee Talk bersama PPZ-MAIWP & Gloria Jean’s Coffees
· Minuman Kopi Gloria Jean’s secara percuma
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: PPZ-MAIWP
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Fatin Aqilah Zulkefli
Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel: 017-3935432
Emel: aqilah@zakat.com.my
--BERNAMA