Dimaklumkan bahawa IslamiCruise International Sdn Bhd akan mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman bersama Ejen-ejen Jualan sempena Pelancaran Rasmi Pakej Pelayaran Kapal Aroya Cruise 3 hari 2 malam, Port Klang – Langkawi – Port Klang.
Tujuan utama perlantikan ini adalah sebagai tanda komitmen Ejen-ejen Jualan kepada pautan rasmi web pelayaran kapal Aroya yang dikendalikan oleh IslamiCruise International. Ejen-ejen Jualan akan diperuntukan pelbagai jenis kabin untuk mempromosikan penjualan pakej-pakej yang ditawarkan, sebagai usaha merialisasikan pelayaran 100 peratus halal tanpa alkohol dan perjudian.
Butiran majlis adalah seperti berikut :
Hari/Tarikh: Selasa 29 Julai 2025
Masa: 2:00 Petang
Tempat: Hemisfera Luxury Sky Hall, KL Tower
Program
02.00PM | Ketibaan Para Tetamu
Pendaftaran
02.30PM | Ketibaan Tetamu Kehormat
YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
02.40PM | Pembukaan Majlis oleh Pengacara
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan oleh En. Suhaimi Abd Ghafer
Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, IslamiCruise International Sdn. Bhd.
Ucapan oleh En. Ab Rahman Mohd Ali
Pengarah Projek, IslamiCruise International Sdn. Bhd.
02.55PM | Ucapan dari YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan
03.05PM | Majlis Menyaksikan Upacara Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)
oleh YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan
03.40PM | Pelancaran Rasmi Pelayaran Aroya Cruise 3 Hari 2 Malam,
Port Klang – Langkawi – Port Klang
03.50PM | Sidang Media
Cabutan Bertuah - Belayar Bersama Kami
04.00PM | Majlis selesai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: IslamiCruise International Sdn Bhd UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: En Nazahar Samsudin
Tel: 013 208 4842
Nama: En Adam Iskandar
Tel: 011 1778 8114
--BERNAMA