ANJURAN BERSAMA OLEH PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD DENGAN GAGASAN NADI CERGAS BERHAD Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan kerjasama
Nadi Cergas Development Sdn Bhd dan jalinan kerjasama
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan menganjurkan
Sesi Lawatan Khas / Previu Media ke Pembangunan Rumah Idaman Bukit Jelutong pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat 1 Ogos 2025
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Idaman Bukit Jelutong
1, Jalan Arca U8/79 Bukit Jelutong
Seksyen U8, 40150 Shah Alam
https://maps.app.goo.gl/XX2hpHVHEN9zKWnJAPROGRAM10.00 pagi : Ketibaan media
10.30 pagi : Lawatan ke Rumah Idaman Bukit Jelutong
11.30 pagi : Sidang media
12.00 tengah hari : Jamuan makan tengah hari
Sesi lawatan khas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada wakil media berkenaan projek pembangunan
Rumah Idaman yang menawarkan kediaman mampu milik lengkap dengan kemudahan moden bertaraf kondominium. Rumah Idaman Bukit Jelutong merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membekalkan perumahan mampu milik kepada golongan B40 dan M40.
Projek Idaman Bukit Jelutong telah siap sepenuhnya dan Majlis Penyerahan Kunci akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 8 Ogos 2025.
Mohon pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 30 Julai 2025 kepada Jabatan Perhubungan Awam PNSB, Afandi Mohd Rafi, di talian 012 343 3763 atau melalui emel, afandi@pnsb.com.my.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sesi lawatan khas/previu bersama media ke Pembangunan Rumah
Idaman Bukit Jelutong tersebut.
SUMBER: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Afandi Mohd Rafi
Tel: 012 343 3763
E-mel: afandi@pnsb.com.my
--BERNAMA