Malam Anugerah Platform Selangor 2025 (MAPS 2025)

Selasa 29/07/2025

Platform Selangor (PLATS) akan menganjurkan Malam Anugerah Platform Selangor 2025 (MAPS 2025), satu majlis berprestij bagi meraikan pencapaian usahawan mikro tempatan di bawah inisiatif digitalisasi ekonomi negeri Selangor.

Majlis penuh gemerlapan ini akan menghimpunkan seramai 1,000 orang usahawan PLATS, wakil agensi kerajaan negeri, wakil agensi kerajaan persekutuan, rakan-rakan strategik dan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT).

Majlis ini turut diserikan dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah serta kehadiran Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, menjadikan acara ini antara platform tertinggi pengiktirafan kepada para usahawan yang menyumbang kepada ekonomi digital negeri.

MAPS merupakan simbol sokongan berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasa komuniti usahawan tempatan serta memacu pembangunan ekonomi inklusif dan mampan melalui pendigitalan.

Butiran Majlis:

Hari/Tarikh: Jumaat 1 Ogos 2025

Masa: 6.00 pm - 10.00 pm

Tempat: Wyndham Acmar Hotel, Klang.

 
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Yayasan MBI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Fazuin Mohd Yusoff
Tel: +60 17-645 1445 
E-mel: fazuin@mbiselangor.com.my | csr@mbiselangor.com.my


--BERNAMA

+