Majlis Penghargaan Pembayar Zakat Perniagaan 2025

Isnin 11/08/2025

 
Dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Penghargaan Pembayar Zakat Perniagaan 2025.
 
Pada majlis tersebut, sebanyak 17 syarikat akan menerima sijil penghargaan atas komitmen pembayaran zakat di PPZ-MAIWP. 
 
Majlis akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar. Turut hadir Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato' Sri Amrin Awaluddin, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya serta Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman. 
 
Hari/Tarikh : Selasa 12 Ogos 2025  
 
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
 
Tempat : Ballroom Batu Road, Aras 3 Hotel Ideas, Kuala Lumpur
 
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER:  Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Nor Athirah Mohd Hanapiah
Tel: 013-4562603
Nama: Puan Fatin Aqilah Zulkefli
Tel: 017-3935432

--BERNAMA
+