Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 Bersama Siswa Peringkat Politeknik akan disertai oleh lebih 600 orang pelajar termasuk pensyarah dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Pada program ini akan turut diadakan tiga (3) sesi perkongsian ilmu yang membincangkan topik berkenaan Mobile Journalism (MoJo), Semakan Fakta dan ceramah "Kempen Internet Selamat".
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Mazlan Abd Mutalib, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi.
Wakil media dijemput membuat liputan bagi program ini pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 14 Ogos 2025
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Al Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam, Selangor
Atur Cara
8.00 pagi: Pendaftaran Mahasiswa dan Sarapan Pagi
9.00 pagi: Sesi 1: Mobile Journalism
Panel: Tuan Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Izman
Pegawai Berita BERNAMA
10.00 pagi: Ketibaan Tetamu Jemputan
11.00 pagi: Ketibaan Yang Berusaha Encik Mazlan Abd Mutalib,
Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Komunikasi
: Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Puan Zainah Rujihan,
Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
: Ucapan oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA
: Pelancaran Program Jelajah HAWANA 2025 Bersama Siswa Peringkat Politeknik oleh
Yang Berusaha Encik Mazlan Abd Mutalib, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan),
Kementerian Komunikasi
: Penyerahan Sumbangan
: Penyampaian Cenderamata
: Sesi bergambar
12.00 tengah hari: Sesi 2: Semakan Fakta
Panel: Puan Sakina Mohamed
Editor MyCheck Malaysia dan Unit Data Journalism BERNAMA
1.00 tengah hari: Makan tengah hari
2.00 petang: Sesi 3: Kempen Internet Selamat
Panel: Puan Hanita Izam Abdul Rahman
Ketua Jabatan, Jabatan Libaturus dan Pentadbiran
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
3.00 petang: Sesi Penyampaian Hadiah
3.30 petang: Majlis Selesai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program jelajah tersebut.
SUMBER: SEKRETARIAT HAWANA 2025
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Zaria Mohd Nasri
Tel: 019 2550841
--BERNAMA