Isnin 18/08/2025
Dimaklumkan bahawa Pengurusan Aset Air Berhad, akan mengadakan Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Langat 2. Majlis perasmian tersebut akan dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.
Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Fadillah bin Yusof dijadual akan turut hadir ke majlis berkenaan.
Sehubungan itu, kami ingin menjemput pihak media bagi tujuan liputan berita seperti berikut :
Hari/Tarikh: Rabu 20 Ogos 2025
Masa: 2.00 petang
Tempat: Kompleks Loji Rawatan Air Langat 2, Jalan Langat Ceria 2, Taman Langat Ceria, Hulu Langat, Selangor
(Waze: Langat 2 Water Treatment Plant)
Sila klik di sini untuk Atur Cara
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.
SUMBER: Pengurusan Aset Air Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Khairil Amri
No Tel: 017-4060717
--BERNAMA