JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN PROGRAM “DIALOG MERDEKA: KEPIMPINAN MALAYSIA DALAM MENGHADAPI KRISIS”

Selasa 26/08/2025

Yayasan Kepimpinan Perdana akan menganjurkan program “Dialog Merdeka: Kepimpinan Malaysia dalam Menghadapi Krisis" pada hari Rabu, 27 Ogos 2025, dari jam 8.30 pagi hingga 12.15 tengahari, bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya.                

Program ini dianjurkan bersempena Pameran Kemerdekaan yang sedang berlangsung sehingga 30 September 2025, dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang dasar-dasar utama serta pencapaian pembangunan Malaysia sejak Merdeka. Selaras dengan topik “Kepimpinan Malaysia dalam Menghadapi Krisis”, dialog ini akan membincangkan bagaimana para pemimpin negara berdepan dengan pelbagai krisis sepanjang sejarah pembangunan Malaysia. Di samping itu, perbincangan turut meneliti strategi kepimpinan, nilai, serta keberanian yang menjadi tonggak dalam menghadapi cabaran, sekaligus mengambil iktibar daripada pengalaman lalu demi memperkukuh daya tahan kepimpinan masa kini dan juga masa depan negara.

Untuk program ini, ahli panel terdiri daripada Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, Mantan Menteri Kabinet, Datuk A Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara, Professor Dato’ Dr Sivamurugan Pandian, Pensyarah, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia dan Encik Eddin Khoo, Pengasas PUSAKA selaku moderator.

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia, dan Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana, akan menyampaikan ucapan penutup pada program ini.

Yayasan Kepimpinan Perdana dengan sukacitanya menjemput rakan-rakan media untuk membuat liputan program ini dengan ketetapan berikut:

“Dialog Merdeka: Kepimpinan Malaysia dalam Menghadapi Krisis"

Hari/Tarikh: Rabu 27 Ogos 2025


Masa: 8:30 pagi – 12:15 tengahari

Tempat: Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya 

Click here for location Map
 
Getting to Putrajaya:
ELITE Expressway – Putrajaya Exit
LDP (Lebuhraya Damansara-Puchong) – Dengkil Exit
MEX (Maju Expressway) – Putrajaya exit
North-South Highway – Kajang Exit
KLIA Transit (Express Rail Link) – Putrajaya Sentral (will need to get a taxi from Putrajaya Sentral)
 
Our Address:
Perdana Leadership Foundation
No 1, Jalan P8H, Precinct 8,
62250, Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Malaysia  
 
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. 

Mengenai Yayasan Kepimpinan Perdana
www.perdana.org.my
Yayasan ini merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada Januari 2003 untuk mendokumentasikan, menyebarkan, menjalankan kajian, dan mengarkibkan bahan-bahan yang berkaitan dengan Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu serta pembangunan negara. Yayasan ini berhasrat untuk menjadi institusi utama dalam kajian mengenai Perdana Menteri Malaysia serta pusat rujukan utama bagi penyelidikan kepimpinan negara, selain menjadi platform untuk refleksi, perdebatan, dan perbincangan bersama tokoh-tokoh terkemuka dalam kepimpinan Malaysia. Presiden Kehormat kami ialah Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh, YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Sehingga kini, kami telah mendigitalkan lebih daripada 250 ribu bahan yang boleh diakses secara percuma melalui laman web kami, www.perdana.org.my. 

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER: Yayasan Kepimpinan Perdana 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Nurul Humaira Kamarulzaman
Jawatan: Eksekutif, Pengurusan Acara & Penerbitan
Tel: 03 - 8885 8960
Emel: humaira@perdana.org.my / nhkperdana@gmail.com

Nama: Roymax Sebastian
Jawatan: Pembantu Pustakawan
Tel: 03-8885 8961
Emel: roy@perdana.org.my / royperdanalibrary@gmail.com

--BERNAMA
+