Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menganjurkan program Pameran Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) bermula pada 21 hingga 23 Mei 2026 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur.
Majlis pelancaran FIM2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Selasa 7 Oktober 2025
Masa : 9.30 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Tempat : Bilik Acacia, Level M, Hotel M World, Petaling Jaya
Kod Pakaian : Office Attire/Kasual
Aturcara
9.30 Pagi | : | Pendaftaran Media |
| : | Sesi Jaringan Perniagaan dan Jamuan Ringan |
| : | Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Radzali Hassan Pengerusi, Persatuan Francais Malaysia (MFA) |
10.00 Pagi | : | Nyanyian Lagu Negaraku |
| : | Ucapan Alu-Aluan oleh Pengerusi MFA YBhg. Datuk Dr. Radzali Hassan |
| : | Gimik Pelancaran |
| : | Majlis Sidang Media |
| : | Perkongsian oleh MFA |
12.00 Tengah Hari | : | Majlis Tamat |
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majis Pelancaran tersebut.
SUMBER: Malaysia Franchise Association (MFA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Nurul Ain
Tel: 011-2924 0213
Emel: ain.mohamad@mfa.org.my
--BERNAMA