MAJLIS PERASMIAN BIOXCEED 2025

Selasa 07/10/2025

YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan merasmikan Majlis Program BioXCeed 2025 sempena Perasmian Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Negara (NICE 2025) seperti ketetapan berikut: 

Hari/Tarikh: Khamis 9 Oktober 2025

Masa: 9:00 pagi

Tempat: Tingkat 2, Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre, Kuala Lumpur

Program


08.30 pagi: Ketibaan Tetamu Jemputan dan Media

08.45 pagi: Ketibaan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang

: Nyanyian Lagu Negaraku
 
: Bacaan Doa 

9.05 pagi: Ucapan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang 

: Gimik dan Persembahan Video Pelancaran:
i. Program Bioinnovation Launchpad
ii. Pelancaran Produk BBA

: Pertukaran dokumen

09.45 pagi: Sidang Media

10.00 pagi: Jamuan Ringan

10.20 pagi: Lawatan ke Pameran 

Program BioXCeed 2025 merupakan gabungan dua platform inovasi kerjasama antara Bioeconomy Corporation dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) yang menampilkan teknologi deep-tech dan bioekonomi, sambil mendukung matlamat NICE 2025 dalam melahirkan penyelesaian praktikal yang membawa produk dan teknologi Malaysia ke arah pengkomersialan dan pasaran global.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut. 

SUMBER: Bioeconomy Corporation

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Nur Akmar Yusoff
Tel: ​012-6906108
E-mel: akmar.yusoff@bioeconomycorporation.my

--BERNAMA

 

+