Rabu 22/10/2025
Majlis Istimewa National Bioeconomy Showcase (NBiOSHOWCASE 2025) akan diadakan bersempena dengan International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS25) seperti ketetapan berikut:
Hari / Tarikh : Khamis 23 Oktober 2025
Masa : 2.30 petang
Lokasi : Tingkat 1, BioPulse Arena, Borneo Convention Centre Kuching
Disempurnakan oleh : YB Datuk Francis Harden Hollis,
Timbalan Menteri Pembangunan Bakat,
Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak
Atur Cara
2.30 petang: Ketibaan Tetamu Jemputan & Wakil Media
3.00 petang: Ketibaan YB Datuk Francis Harden Hollis,
Timbalan Menteri Pembangunan Bakat,
Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak
Bacaan Doa
3.05 petang: Ucapan oleh YB Datuk Francis Harden Hollis,
Timbalan Menteri Pembangunan Bakat,
Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak
i. Pertukaran Memorandum Persefahaman
ii. Pelancaran Produk Bio-based Accelerator & BioNexus Status
iii. Pelancaran Portal AI Bio-based Accelerator
Sesi bersama Media
4.00 petang: Majlis selesai
Sebagai rakan strategik rasmi IDECS25, Bioeconomy Corporation membawakan acara utama tahunannya, NBiOSHOWCASE 2025 — sidang kemuncak unggul bagi industri bioteknologi dan bioberasaskan di Malaysia — ke Kuching buat julung kalinya. Bertemakan pembangunan mampan dan inovasi bioekonomi, NBiOSHOWCASE 2025 di IDECS25 menampilkan pelbagai inisiatif berasaskan bio yang unik dari Sarawak, termasuk potensi pelaburan bernilai berjuta-juta ringgit, pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) strategik, serta pelancaran produk eksklusif yang menonjolkan pertumbuhan pesat sektor bioekonomi di Sarawak dan seluruh Malaysia.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Bioeconomy Corporation
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Nur Akmar Yusoff
Tel: 012-690 6108
E-mel: akmar.yusoff@bioeconomycorporation.my
--BERNAMA