Dimaklumkan bahawa
Tabung Haji (
TH) dengan kerjasama
Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA MALAYSIA) akan
menganjurkan
Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Kali Ke 4 (KHUP 4) Tahun 1447H/2026M yang akan diadakan pada 28, 29 & 30 November 2025.
Sehubungan dengan itu, BUMITRA MALAYSIA dengan sukacitanya ingin menjemput wakil media Tuan/Puan untuk hadir membuat liputan bagi
Majlis Pra Pelancaran Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Kali Ke 4 (KHUP4) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Isnin 17 November 2025
Masa: 2:00 petang
Tempat: Hotel Element Kuala Lumpur
Tingkat 38, Ilham Ballroom
Ilham Tower, 8 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia Karnival ini merupakan acara utama yang menghimpunkan
34 agensi pelancongan bertauliah yang dilesenkan oleh Lembaga Tabung Haji, di samping mempamerkan pakej-pakej haji, umrah dan pelancongan Islam.
Kami amat berbesar hati menjemput organisasi media Tuan/Puan untuk hadir ke majlis pra pelancaran ini. Mohon jasa baik Tuan/Puan untuk mengesahkan penyertaan serta butiran wartawan yang akan hadir
selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 November 2025 melalui link pengesahan kehadiran di bawah :
Link Pengesahan Kehadiran :
https://forms.gle/anTEUc1pH9DByBZW6 Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak Tuan/Puan bolehlah berhubung terus Sekretariat BUMITRA MALAYSIA di talian 03-4149 9011 / 019-621 9011 atau melalui emel ke
bumitramalaysia@gmail.com .
Sekian dimaklumkan dan terima kasih di atas perhatian.
Yang menjalankan tugas
BUMITRA MALAYSIASehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pra pelancaran tersebut.
SUMBER: BUMITRA MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: AB RAHMAN MOHD ALIPengarah ProjekKarnival Haji, Umrah & Pelancongan Kali Keempat (KHUP 4)
Tel : +603 - 4149 9011 / 9055 & +603 - 4131 9011 / +6019 - 621 9011E-mel: bumitramalaysia@gmail.com / bumitra81@gmail.com--BERNAMA