[JEMPUTAN MEDIA] MAJLIS PELANCARAN PENJENAMAAN SEMULA WAKAF WILAYAH PERSEKUTUAN & PENYERAHAN SUMBANGAN WAKAF TUNAI

Jumaat 05/12/2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Pelancaran Penjenamaan Semula Wakaf Wilayah Persekutuan & Penyerahan Sumbangan Wakaf Tunai. 

Pada majlis ini, akan diperkenalkan nama baharu Wakaf PPZ kepada Wakaf Wilayah Persekutuan serta pelancaran logo bersama warna identiti wakaf yang baharu. 

Turut diadakan adalah sesi serahan sumbangan wakaf tunai oleh 12 buah syarikat. 

Majlis akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar. Turut hadir Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato' Sri Amrin Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman.

Hari/Tarikh    : Selasa 9 Disember 2025

 Masa             : 11.30 PAGI - 2.00 PETANG

Tempat           : Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, World Trade Centre

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut. 

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Cik Nor Athirah Mohd Hanapiah
Tel: 013-4562603

Nama: Puan Fatin Aqilah Zulkefli
Tel: 017-3935432

--BERNAMA 
+