Terima kasih atas sokongan berterusan rakan-rakan media kepada UDA Holdings Berhad (UDA).
UDA menerusi UDA Angsana Sdn Bhd dan UDA Land (South) Sdn Bhd buat julung kalinya menganjurkan UDA Night Run & Midnight Sales, iaitu acara komuniti yang menghimpunkan elemen gaya hidup, kesihatan, pelancongan dan ekonomi, sekali gus mencerminkan komitmen UDA dalam menyokong pembangunan bandar yang berdaya huni dan inklusif.
Sehubungan itu, UDA dengan hormatnya menjemput wakil media untuk membuat liputan acara UDA Night Run & Midnight Sales, yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut: -
Hari/Tarikh: Sabtu 3 Januari 2026
Masa: 7.30 malam (Pendaftaran Media)
Tempat: Angsana Johor Bahru Mall Sila klik disini untuk
PROGRAM Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan acara tersebut.
SUMBER: UDA Holdings Berhad (UDA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nisa Kamaruzaman
Tel: +60 13 597 4264
E-mel: n.hanisah@udanet.com
Nama: Dzaqiatul Syahira Asmapi
Tel: +6018 375 2208
E-mel: dzaqiatul@udanet.com
--BERNAMA