MAJLIS PENUTUP PROGRAM JELAJAH HAWANA 2025 BERSAMA SISWA PERINGKAT POLITEKNIK

Isnin 19/01/2026

Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 Bersama Siswa Peringkat Politeknik Siri 2 akan melabuhkan tirai di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang Johor Bahru pada 20 Januari 2026.
 
Program ini akan disertai oleh lebih 500 orang pelajar termasuk pensyarah dari PIS, Politeknik Mersing Johor, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Politeknik METrO Johor Bahru, Kolej Komuniti Segamat dan Kolej Kemahiran Johor.
 
Tiga (3) sesi perkongsian ilmu iaitu Mobile  Journalism (MoJo), Semakan Fakta dan ceramah "Kempen Internet Selamat" akan dikongsikan bersama peserta program.
 
Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2026, Yang Berbahagia Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin akan hadir untuk menyempurnakan program ini.
 
Wakil media dijemput hadir untuk membuat liputan majlis penutup pada ketetapan berikut:
 
Hari/Tarikh     : Selasa 20 Januari 2026
Masa               : 9.30 pagi
Tempat           Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil
 Politeknik Ibrahim Sultan,  Pasir Gudang, Johor Darul Ta’zim
 
Atur Cara: 
 
8.00 pagi         :  Pendaftaran Mahasiswa
 
:  Ketibaan Tetamu Jemputan
 
9.00 pagi         :  Ketibaan Dif-dif Kenamaan
 
10.00 pagi       :  Lagu Bangsa Johor dan Negaraku
 
:  Bacaan Doa
  
:  Ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Haji Azirin bin Abdul Aziz
   Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
   Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
 
: Ucapan oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin,
 Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA merangkap Pengerusi HAWANA 2026
 
: Penyerahan Sumbangan
 
: Sesi bergambar
 
: Penyampaian Cenderamata 
 
: Persembahan
 
11.15 pagi       : Majlis selesai 
 
11.30 pagi       : Sesi 1: Mobile Journalism
 
  Penceramah:
  Cik Nursyafiqah Izzati Haspawari
  Penyunting Video Meja Media Digital BERNAMA
 
  Cik Vishpani Kumar
  Pegawai Berita Meja Media Digital BERNAMA
 
12.30 t/hari     : Makan tengah hari
 
2.00 petang     : Sesi 2: Semakan Fakta
  Penceramah: Puan Fatin Najmi Mohammad Shah
  Ketua Meja MyCheck Malaysia
 
3.00 petang     : Sesi 3: Kempen Internet Selamat
  Penceramah: Encik Muhammad Ezwan Harris Abu Nashrah 
  Penolong Pengarah MCMC Negeri Johor
 
4.00 petang     : Minum petang
  
Sehubungan itu, wartawan dan jurugambar/jurukamera dijemput untuk membuat liputan majlis penutup Jelajah HAWANA Bersama Siswa Peringkat Politeknik 2025.
 
SUMBER: SEKRETARIAT HAWANA 2026
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Zaria Mohd Nasri
Tel: 019 2550841
 
--BERNAMA
 

+