Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan
Majlis Penyampaian Hadiah Kempen PPZ-MAIWP 2025.Pada majlis tersebut, lebih 50 individu akan diumumkan sebagai pemenang bagi 9 buah kempen PPZ-MAIWP yang telah dilangsungkan pada tahun 2025.
Majlis akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/tarikh: Jumaat 27 Februari 2026
Masa: 5.00 petang - 8.30 malam
Tempat: Dewan Tun Dr Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: PPZ-MAIWP
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nor Athirah Mohd Hanapiah
Tel: 013 456 2603
Emel: aqilah@zakat.com.my
--BERNAMA